Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

JDT Kuasai Anugerah Bola...

KUALA LUMPUR - Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) menguasai Anugerah...

Bayar RM71,000 Hanya Untuk...

TIDAK dapat disangkalkan lagi, ia adalah kerjaya impian ramai. Anda tidak perlu berbuat...

Polis Sedang Buru Kumpulan...

PUTATAN - Polis telah mengenal pasti dan sedang memburu kumpulan suspek terlibat meletupkan...

Suami Tolong Kahwinkan Isteri...

SEORANG lelaki yang baru berkahwin selama enam hari telah membantu isterinya untuk berkahwin...

NGO Serah Memorandum Bantah Statut Rom, ICERD, UEC

JOHOR BAHRU – Sebanyak 22 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari seluruh negeri ini menyampaikan memorandum kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar secara peribadi, di Istana Pasir Pelangi, di sini sebentar tadi.

Presiden Pertubuhan Generasi Muda Melayu Malaysia, Rosli Othman berkata, memorandum diserahkan pihaknya itu mengandungi sebanyak sembilan perkara.

Katanya, perhimpunan aman tersebut juga dianjurkan sebagai tanda taat setia rakyat kepada institusi Diraja di negeri ini.

“Antara isi kandungan memorandum itu adalah bantahan kami terhadap Statut Rom, Konvensyen Antarabangsa Me­ngenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) dan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

“Selain itu, perhimpunan ini juga bagi menunjukkan sokongan rakyat khususnya negeri ini kepada Sultan Ibrahim dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam bersuara demi kepentingan rakyat.”


Memorandum itu diserahkan sendiri kepada Sultan Ibrahim menerusi tiga wakil perhimpunan terbabit.

Penyerahan memorandum tersebut dibuat selepas seramai kira-kira 300 peserta himpunan berarak dari Masjid Pasir Pelangi selepas selesa solat Jumaat. – UTUSAN ONLINE

Kategori