Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Keputusan Boikot Piala AFF...

KUALA LUMPUR - Keputusan sama ada Harimau Malaysia akan menarik diri daripada saingan...

Penuntut UPNM Mati Didera...

SEORANG penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, meninggal dunia...

Kerajaan Lulus 21 Projek...

Kajang : Kerajaan sudah meluluskan 21 projek naik taraf dan pembangunan fizikal baharu...

Wanita Dedah ‘Schatz’ Adalah...

SEORANG wanita mendedahkan teman lelakinya adalah pesawat yang ditemuinya di lapangan terbang lima...

Nurul Izzah Pertahankan Gelaran ‘Bekas Diktator’

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar mempertahankan gelaran ‘bekas diktator’ yang digunakan terhadap Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah digunakan sebelum ini.

Tegas anak sulung Presiden PKR itu, beliau pernah mengeluarkan gelaran itu sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dan ucapan di perhimpunan Bersih, beberapa tahun lalu.

“Ia fakta daripada rekod saya. Saya cakap sebelum pilihan raya, cakap ketika demonstrasi Bersih 3.0 atau 4.0.

“Saya tidak faham kenapa bercakap dalam forum berlainan (tetapi) mengandungi mesej yang sama adalah sesuatu yang bermasalah,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen, hari ini.

Jumaat lalu, Nurul Izzah dalam wawancara dengan akhbar Singapura, The Straits Times menyifatkan Dr. Mahathir sebagai bekas diktator dan mengakui sukar bekerja dengan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu.

Nurul Izzah turut meluahkan rasa kecewanya dengan kerajaan PH kerana gagal menunaikan janji dan menggerakkan agenda reformasi sepertimana sepatutnya.


Dalam perkembangan sama, beliau turut mempersoalkan adakah menjadi kesalahan untuk beliau mengeluarkan kenyataan yang membina.

“Saya cakap mengenai reformasi negara bergerak perlahan, takkan tak boleh bagi sedikit komen membina.

“Kita sayang negara, kita kena dengar orang cakap,” katanya ketika diminta memberi pandangan sama ada kedudukan PH ketika ini terlalu teruk. – UTUSAN ONLINE

Kategori