Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

ADUN Meru Didenda RM1,800...

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini menjatuhkan hukuman denda RM1,800 terhadap ADUN Meru,...

Kematian Adib Satu Tragedi...

PERGINYA anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim ke Rahmatullah semalam akibat cedera parah...

Aktres Cilik Mia Sara...

PELAKON cilik comel, Mia Sara Nasuha bersyukur apabila permohonan visa untuk menunaikan umrah...

Dakwaan Stadium Manjung Tak...

LUMUT - Dakwaan Stadium Manjung di sini tidak selamat digunakan adalah tidak benar,...

PAC Cukup Korum Walau Tanpa 3 Pembangkang

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) masih belum menerima surat peletakan jawatan daripada tiga ahli Parlimen pembangkang yang menganggotai jawatankuasa tersebut.

Timbalan Pengerusi PAC, Wong Kah Woh berkata, jawatankuasa itu walau bagaimanapun masih boleh mengadakan mesyuarat kerana terdapat sembilan anggota lain.

“Sehingga semalam kita belum terima surat letak jawatan daripada tiga anggota pembangkang.

“Sekarang PAC ada sembilan orang, jumlah ini telah mencapai korum, jadi kita boleh meneruskan mesyuarat,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Isnin lalu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu, semua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Pas yang menganggotai PAC meletak jawatan serta-merta sebagai membantah keputusan mengekalkan pengerusi jawatankuasa itu kepada wakil kerajaan.

Dalam perkembangan lain Koh Woh memberitahu, beliau telah berbincang dengan Pengerusi PAC, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee untuk meneruskan siasatan lalu yang belum selesai antaranya berhubung tabung bayaran balik cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang mengalami kekurangan RM19.2 bilion, dijangka diadakan pada 8 April ini.


Katanya, laporan penuh mengenai prosiding itu akan disiapkan seterusnya dibentang dalam Parlimen sebelum sidang berakhir pada 11 April.

“Dalam masa dua minggu lagi, jadual prosiding siasatan PAC penuh dengan kes yang berbeza,” katanya.

Kategori