Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Hugh Jackman Akan Tinggalkan...

AKTOR yang terkenal dengan watak hebat 'Wolverine' dari sekuel filem X-Men, Hugh Jackman...

Iklan Perniagaan Perlu Utamakan...

IPOH - Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diminta memastikan semua iklan perniagaan memberikan keutamaan...

Dua Pendaki Hilang Dihanyutkan...

IPOH: Dua pendaki wanita dikhuatiri hilang selepas dihanyutkan kepala air ketika melakukan aktiviti...

Fikir Masak-Masak Sebelum Membuang...

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Parlimen, Tan Sri Lee Lam Thye percaya majoriti...

Pampasan Mangsa Pencemaran Toksik Belum Diputuskan

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, kerajaan belum memutuskan jumlah pampasan kepada mangsa pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor.

Beliau berkata, kerajaan pada masa ini memberi tumpuan terhadap kesihatan dan rawatan kepada mangsa serta mencari langkah pencegahan supaya kejadian sama tidak berulang.

“Kejadian Sungai Kim Kim ini baru berlaku, setakat sekarang kerajaan mengambil tanggungjawab memberikan mereka (mangsa) kesihatan dan rawatan yang diperlukan.

“Untuk pampasan, belum lagi dikira berapa atau bagaimana nak diberikan pampasan kepada mereka,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) mengenai jumlah bantuan yang diberikan kepada mangsa kejadian pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim.

Dr. Wan Azizah berkata, kerajaan membelanjakan RM8.78 juta kepada negeri Pantai Timur bagi menangani banjir ketika musim monsun timur laut pada November 2018 hingga 7 Mac lepas.

Beliau berkata, jumlah itu antaranya melibatkan peruntukan RM5.6 juta untuk pusat pemindahan banjir serta RM2.8 juta bagi menyediakan pangkalan hadapan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi perolehan keperluan asas seperti tilam, tikar, selimut dan bantal.


Katanya, RM320,000 turut disediakan bagi perbelanjaan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dan operasi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah di negeri-negeri Pantai Timur.

“Bagi mangsa banjir pula, kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan bantuan ihsan RM500 kepada setiap ketua isi rumah,” katanya.

Beliau menjawab soalan asal Rosol Wahid (PH-Hulu Terengganu) mengenai jumlah peruntukan dikeluarkan kerajaan dalam usaha menangani bencana banjir di negeri Pantai Timur antara November 2018 hingga Januari lepas.

Kategori