Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Video: ‘Anjing’ Ini Yang...

KES langgar lari seperti tiada berkesudahan dan terima kasih kepada rakaman kamera litar...

Datuk Ramli MS Mengamuk...

NAMPAKNYA agak sukar untuk kami tidak terus berkongsi cerita mengenai kontroversi perkahwinan rahsia...

Enam Didakwa Tetak Dan...

KLANG: Enam individu termasuk dua remaja didakwa di Mahkamah Majistret Klang hari ini...

Pos Malaysia Lancarkan Setem...

KUALA LUMPUR - Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) hari ini melancarkan siri setem...

Parti Pembangkang Thailand Dibubarkan

BANGKOK – Mahkamah Perlembagaan Thailand, hari ini, mengarahkan parti pembangkang, Thai Raksa Chart dibubarkan selepas mencalonkan kakak Raja Thai untuk merebut jawatan perdana menteri dalam pilihan raya 24 Mac nanti.

Hakim Taweekiet Meenakanit yang membuat keputusan itu turut mengharamkan Puteri Ubolratana yang juga ahli lembaga eksekutif parti berkenaan, berpolitik selama 10 tahun, lapor Reuters.

“Mahkamah mengarahkan parti ini dibubarkan,” katanya.

Terdahulu, polis menempatkan lebih 1,000 anggota di luar dan dalam mahkamah untuk mengawal keadaan sebelum menunggu keputusan mahkamah kira-kira jam 3 petang waktu tempatan.

Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand membuat permohonan mahkamah untuk membubarkan parti itu kerana mencalonkan Ubolratana bagi jawatan penting berkenaan dalam pilihan raya yang diadakan kali pertama sejak rampasan kuasa tentera pada 2014. – Reuters

Kategori