Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Debat Calon Presiden Tonjol...

KULAI - Cadangan program debat calon presiden UMNO secara umum tidak akan mendatangkan...

Pusat Khidmat DUN Manir...

KUALA TERENGGANU - Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir akan mempergiatkan usaha...

“Perempuan Bertudung Ini Ragut...

MENJADIKAN kanak-kanak sebagai sasaran, itu modus operandi seorang wanita bertudung yang memperdayakan seorang...

Cromok Perkenal ‘Thrashditional’ Sempena...

SERDANG - Kumpulan metal tempatan, Cromok memperkenalkan genre muzik terbaharu yang digelar 'thrashditional'...

Pasir Gudang Terjejas Teruk, Tidak Selamat!

KUALA LUMPUR – Laporan mengenai pencemaran toksik di Pasir Gudang amat menakutkan atas beberapa faktor iaitu lebih 500 mangsa telah dimasukkan ke hospital.

Ketika membentangkan usul tergempar pada sidang Dewan Rakyat hari ini, Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) berkata, sembilan daripadanya ditempatkan ke dalam unit rawatan rapi (ICU) serta 111 sekolah ditutup.

“Ini menunjukkan secara jelas bahawa pencemaran kimia toksik telah merebak luas bermula dari kawasan Pasir Gudang dalam Parlimen Tebrau, kini merebak ke kawasan Parlimen Pasir Gudang.

“Ini menjadikan seluruh kawasan Pasir Gudang kini terjejas dan tidak lagi selamat,” katanya.

Beliau tidak mahu bencana itu mengulangi pencemaran kimia di Bhopal, India pada 20 tahun lalu yang meragut ribuan nyawa.

Usul itu dibenarkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof selepas disokong Datuk Seri Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau).


Dewan Rakyat akan membahaskan usul tergempar mengenai pencemaran toksik di Pasir Gudang pada pukul 4.30 petang ini.

Ini berikutan usul berkenaan memenuhi tiga kriteria iaitu menyentuh kepentingan ramai, perlu disegerakan dan melibatkan perkara tertentu. – UTUSAN ONLINE

Kategori