LONDON – Jepun, Singapura dan Korea Selatan masing-masing berkongsi di kedudukan teratas dalam Indeks Pasport Henley sebagai negara dengan pasport paling berkuasa di dunia.
Daily Mail melaporkan, indeks terbaharu yang disiarkan itu menyaksikan Singapura dan Korea Selatan melompat ke tangga pertama selepas sebelum ini berkongsi di kedudukan nombor dua.
Rakyat di ketiga-tiga negara itu boleh mengakses 189 negara tanpa visa.
Di tempat kedua pula adalah pasport Jerman, naik dari kedudukan ketiga, manakala tempat ketiga pasport dari Perancis, Denmark, Finland, Itali dan Sweden dengan akses ke 187 buah negara.
Menurut carian di laman sesawang Henley Passport Index, Malaysia pula berada di kedudukan ke-13. – Agensi