Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Penafian Tengku Zafrul Dipertikaikan

DALAM ciapan di facebooknya, Datuk Seri Najib mengulas bagaimana seorang penganalisis pelaburan turut...

16 Kru Kapal Tangki...

KUANTAN - Kementerian Luar mengesahkan 16 kru sebuah kapal tangki yang ditahan di...

LPPKN Mahu Perkenalkan Kempen...

KUALA LUMPUR - Selepas kejayaan kempen World #QuranHour, yang mencetuskan idea penganjuran Merdeka...

Dengan Manchester City, UAE...

MANCHESTER City kini menduduki posisi teratas dalam Liga Perdana Inggeris, meninggalkan pasukan kedua...

Pastor Didakwa Hidupkan Semula Lelaki Telah ‘Mati’

SEORANG pastor gereja telah menjadi tajuk berita utama di seluruh dunia kerana ‘persembahannya’ yang tidak masuk akal, yang mana dia menghidupkan semula seorang lelaki yang telah mati di hadapan jemaah.

Pastor Alph Lukau, dari gereja Alleluia Ministries International, di Kramerville, Afrika Selatan, menjadi perhatian selepas sebuah video menunjukkan dia mengembalikan kehidupan seorang lelaki yang sudah mati tular dalam talian.

Tokoh agama kontroversi itu dapat dilihat meletakkan tangannya pada dada lelaki yang telah mati itu dan menjerit ‘bangun!’.

Lelaki itu, yang sudah meninggal pada Jumaat lalu akibat penyakit yang tidak didedahkan membuka matanya dan bangkit dari keranda dengan mulut dan mata terbuka luas sambil pengunjung gereja di sekelilingnya bersorak.

Dalam masa beberapa jam rakaman itu dikongsi dalam talian, Twitter dibanjiri dengan video yang secara sinis meniru aksinya yang kononnya dapat menghidupkan orang yang sudah mati.

Agensi berita juga mula melaporkan tentangnya dan tidak lama kemudian pihak berkuasa dan tokoh agama Afrika Selatan mengeluarkan kenyataan mengutuk tindakan Pastor Lukau.

Dia kini telah disaman oleh beberapa pihak, termasuk pihak yang melakukan pengebumian yang mendakwa ditipu secara tidak langsung untuk terlibat dalam acara tersebut.

Lukau kini berdepan tuduhan jenayah terancang, penipuan dan menimbulkan kekeliruan, antara lain.

Kumpulan pengurusan pengebumian yang menyediakan kereta jenazah, keranda dan pakaian orang mati menafikan sebarang penglibatan dalam kebangkitan itu, mendakwa bahawa mereka telah ditipu oleh Alph Lukau dan rakan-rakannya.

Mereka kini mengambil tindakan undang-undang terhadap pemimpin Alleluia Ministries kerana mencetuskan kekeliruan dan menyebabkan reputasi mereka rosak.


Seorang uskup Afrika Selatan juga menyaman Lukau kerana menyalahtafsirkan tokoh agama Kristian dengan ‘keajaibannya’ yang memalukan.

Anda mungkin tertanya-tanya apa yang berlaku kepada lelaki yang telah mati itu bukan?

Dia nampaknya telah ditangkap kerana mengambil bahagian dalam aksi itu.

Eyewitness News melaporkan dia dikenal pasti sebagai ‘Brighton’, dari Zimbabwe, pekerja yang tidak mempunyai kelayakan untuk bekerja dengan syarikat kayu di Pretoria.

Bercakap kepada saluran 702 Azania Mosaka pada Selasa, seorang lelaki yang mengaku sebagai majikan Brighton berkata ini bukan kali pertama dia membantu Lukau.

Dia sebelum ini berpura-pura menjadi seorang lelaki berkerusi roda untuk menunjukkan pemimpin Alleluia Ministries itu menggunakan kuasanya untuk membantunya berdiri.

“Bolehkah anda bayangkan bagaimana kehidupannya? Dia bekerja untuk saya, dia mati, dia telah dibangkitkan dan sekarang dia telah ditangkap,” kata majikan Brighton. – Oddity

Kategori