Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Warga KL Diminta Waspada,...

KUALA LUMPUR: Penduduk di Kuala Lumpur diminta bersedia dengan segala kemungkinan banjir susulan...

Tabung Haji Henti Urus...

BERMULA tahun ini, Lembaga Tabung Haji (TH) tidak lagi dibenarkan untuk menguruskan jemaah...

BWF Cadang Inisiatif Tingkat...

KUALA LUMPUR – Majlis Persekutuan Badminton Dunia (BWF) akan mencadangkan beberapa inisiatif semasa...

Turkiye Hantar Komando Ke...

ISTANBUL: Turkiye merancang untuk menghantar pasukan komando ke Kosovo pada esok dan lusa.Ikuti...

Pembangkang Selangor Kini 6 Bersaudara

SHAH ALAM – Penambahan anggota baharu kumpulan pembangkang Selangor disifatkan sebagai isyarat bahawa kedudukan kerajaan PH khususnya kerajaan negeri kini terancam.

Ketua Pembangkang Selangor, Rizam Ismail berkata, dengan kehadiran kerusi Semenyih menyertai pembangkang pada penggal kedua ini menyaksikan pertukaran komposisi dari satu parti ke parti lain.

“Semenyih kini diwakili ADUN baharu dari BN iaitu Zakaria Hanafi menjadikan ahli pembangkang Selangor kini enam bersaudara.

“Terima kasih kepada pengundi Semenyih yang memberi kepercayaan dan ini gambaran jelas rakyat tidak teragak-agak untuk menukar kedudukan parti memerintah atau mewakili kawasan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ucapan pembuka perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Sultan Selangor.


Dalam perkembangan sama, Rizam (BN-Sungai Air Tawar) turut berterima kasih kepada pimpinan PAS Selangor dan kawasan yang menyumbangkan tenaga dalam memastikan kerusi Semenyih kembali kepada blok pembangkang.

“Semoga kerjasama ini dapat terus dieratkan sehingga baki penggal atas semangat pembangkang di negeri ini. Kita mahu memastikan proses semak dan imbang terus berlangsung,” katanya. – Sinar Harian

Kategori