Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Apa Yang Anda Perlu...

TENTUNYA bukan dunia media sosial tanpa 'challenge' ataupun cabaran baharu!Pada Julai 2018, cabaran...

Tawaran Umrah Hanya Sembang...

KUALA LUMPUR - Sepanjang 10 tahun menanggung derita sakit buah pinggang, bekas pemain...

Jangan Guna Laman Sosial...

TAWAU - Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah Datuk Hamisa...

Kempen Gempur: SPRM Pilih...

LABUAN - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memilih tiga jabatan dalam Perbadanan Labuan...

Pembersihan Toksik Di Sungai Kim Kim Diteruskan

PASIR GUDANG – Kerja-kerja pembersihan Sungai Kim Kim di sini yang menjadi lokasi pencemaran kimia giat dijalankan pihak berwajib menerusi kontraktor yang telah dilantik kerajaan negeri.

Tinjauan Kosmo! Online pada pukul 8.30 pagi di kawasan sungai terjejas mendapati lebih 20 pekerja pembersihan dan anggota agensi kerajaan berada di sekitar kawasan pembersihan.

Semalam, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin memaklumkan kerja-kerja pembersihan akan dilakukan secara 24 jam sehari.

Difahamkan kerja-kerja pembersihan Sungai Kim Kim semalam telah dibuat melibatkan jarak sejauh 500 meter.

Menteri Besar, Datuk Osman Sapian sebelum ini memberitahu jarak sungai yang terjejas dengan pencemaran toksik berkenaan melibatkan jarak keseluruhan sepanjang 1.5 kilometer. – K! ONLINE

Kategori