Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

“Saya Baru Beli Sejam...

SIAPA yang tidak bangga jika mampu membeli sebuah kereta mewah? Pastinya kegembiraan dan kebanggaan...

Seleweng Dana Kerajaan: TKP,...

PUTRAJAYA - Timbalan Ketua Pengarah sebuah bahagian di Jabatan Perdana Menteri (JPM) bergelar...

Remaja Warga Pakistan Maut...

Kuala Lumpur : Seorang remaja perempuan warga Pakistan maut selepas terjatuh dari tingkat...

Pemberian Tablet Kepada Guru...

KUALA LUMPUR – Pengagihan tablet percuma untuk dijadikan alat bantuan mengajar bagi keperluan...

Pemimpin Dunia Kutuk Serangan Masjid Di New Zealand

JAKARTA – Para pemimpin dunia mengutuk keras serangan maut insiden tembakan rambang di dua buah masjid di sini hari ini yang mengorbankan sekurang-kurangnya 49 orang dan lebih 20 cedera parah.

Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi menyifatkan kejadian itu sebagai kejam kerana mencemar kesucian tempat beribadat ketika jemaah sedang mengerjakan solat Jumaat.

“Lebih menyakitkan apabila melihat penstriman langsung oleh penembak itu yang dikongsi secara meluas dalam sosial,” katanya yang mengesahkan enam warga Indonesia berada tempat kejadian manakala tiga daripada mereka masih belum dikesan lagi.

Lapor Reuters, Presiden Turki Tayyip Erdogan, Ibrahim Kalin yang melihat insiden itu sebagai rasis dan fasis berkata, ianya hanya membangkitkan titik permusuhan dan sifat kebencian terhadap umat Islam.

“Jenayah kebencian yang berlaku terhadap umat Islam ini memberi gambaran yang amat jelas tentang keadaan Islamofobia yang sedang melanda dunia hari ini. Sifat radikalisme dan keganasan ini perlu dihentikan segera,” katanya. – Agensi

Kategori