Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

YouTuber Tawar Rp10 Juta...

JAKARTA - Personaliti YouTuber terkenal, hasanjr11 memohon maaf kepada umat Islam atas tindakannya...

Muhyiddin Tiba Untuk Lawatan...

TOKYO - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di sini malam...

Prolintas Tawar Diskaun 10%...

KUALA LUMPUR – Sempena musim perayaan, syarikat konsesi lebuh raya Projek Lintasan Kota...

Rakyat Terus Minta Luluskan...

KUALA LUMPUR – Ruangan komen pada sesi Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini...

Pencemaran: Bomba Arah Kosongkan Semula Sekolah

PASIR GUDANG – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor mengarahkan Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pasir Putih dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Putih, Pasir Gudang di sini, dikosongkan semula pada pukul 11.58 pagi tadi.

Ia berikutan pengurusan kedua-dua sekolah membuat panggilan kecemasan kerana mendakwa terdapat murid dan pelajar mengalami sesak nafas disyaki terbau sesuatu tidak menyenangkan.

Ketua Unit Pasukan Khas Pengurusan Bahan Berbahaya (HAZMAT) Johor Bahru, Saiful Bahri Safar berkata, pihaknya kini sedang membuat pemeriksaan dan mengumpul maklumat serta mengarahkan semua yang terjejas mendapatkan rawatan.

“Selepas ini, kita akan terus membuat pemeriksaan bagi mengenal pasti punca bau terbabit yang didakwa, kerana bacaan kualiti udara yang dibuat setakat ini pada tahap normal,” katanya yang juga Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tebrau.

Sementara itu, beberapa pelajar pengsan dan suasana kelam-kabut berlaku selain pasukan penyelamat bertungkus-lumus mengawal keadaan.

Kategori