PASIR GUDANG – Ketika kes pencemaran toksik di Sungai Kim Kim di sini hampir tamat tular pula isu pencemaran di Sungai Masai Utama, Taman Rinting dalam media sosial sejak semalam.
Perkara itu menimbulkan keresahan orang ramai selepas tular beberapa keping gambar yang menunjukkan beberapa petugas yang lengkap berpakaian Peralatan Perlindungan Diri (PPE) sedang melakukan kerja pembersihan.
Gambar yang dimuat naik di Facebook Komuniti Kota Masai-KKM menunjukkan sebahagian jalan di kawasan itu juga ditutup bagi membolehkan kerja pembersihan sedang dilakukan.
“Operasi pembersihan sedang dijalankan. Jauhkan diri dari kawasan tempat pembersihan sisa toksik bahan kimia.
Lokasi telah disahkan penemuan baru sisa toksik berhampiran stesen minyak sungai rinting di depan Masai utama. Jika didapati sesiapa mempunyai simptom pencemaran kimia, sila datang segera ke pusat rawatan di Stadium Tertutup Majlis Perbandar Pasir Gudang (MPPG),” menurut entri dimuat naik itu. – UTUSAN ONLINE