Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Syatilla, Sam Hanya Duta,...

KEGAGALAN pihak pembekal menyiapkan baju raya pelanggan menyebabkan pasangan Syatilla Melvin dan Shahaizy...

2 Bajau Laut Ditahan...

KOTA KINABALU - Seorang lelaki dan seorang wanita, kedua-duanya etnik Bajau Laut, ditahan...

Marsha Milan Mahu Jadi...

MARSHA Milan Londoh mengakui seronok setelah mendirikan rumahtangga apatah lagi sebagai seorang saudara...

KPM Kehilangan Seorang Guru...

BAU – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kehilangan seorang guru yang hebat berikutan pemergian...

Pencemaran Toksik: 395 Pesakit Dapatkan Rawatan

KUALA LUMPUR – Seramai 395 orang pesakit direkod mendapatkan rawatan setakat pukul 12 tengah malam tadi susulan kejadian pencemaran toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, daripada jumlah tersebut, 304 kes mendapatkan rawatan di lapangan milik kerajaan manakala 91 kes di klinik serta fasiliti kesihatan awam dan swasta lain.

“Terkini di Hospital Sultanah Aminah, ada 14 pesakit yang dirawat dan 32 pesakit lagi di Hospital Sultan Ismail, menjadikan jumlah keseluruhan 46 pesakit yang dirawat di hospital kerajaan.

“Setakat ini, hanya dua pesakit yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU). Namun, seorang daripadanya, iaitu seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun perlu kembali diintubasi, kedua-dua mereka kini berada dalam keadaan stabil,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, semua pihak kini lega selepas operasi membersihkan seluruh kawasan Sungai Kim Kim sepanjang 1.5 kilometer yang tercemar mencapai kejayaan.


“Kita harap dan berdoa supaya kita sudah menyaksikan pengakhiran kepada episod keracunan ini,” katanya.

Kategori