Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Makkah : Tembok Konkrit...

Enam orang pekerja pembinaan maut manakala lima lagi cedera apabila tembok konkrit setinggi...

Jutawan India Bersalah Bunuh...

NEW DELHI - Mahkamah India pada Rabu mendapati seorang jutawan bersalah kerana membunuh...

Peneroka Felda Bantah Mazlan...

PADANG BESAR - Beberapa wakil peneroka Felda Mata Ayer di sini membuat laporan...

Gempa Bumi Lemah Landa...

KUALA LUMPURa) - Gempa bumi lemah bermagnitud 3.1 pada skala Richter berlaku di...

Pencemaran Toksik: Syarikat, 2 Pengarah Didakwa Lagi

JOHOR BAHRU – Dua pengarah dan sebuah syarikat memproses kilang tayar terpakai dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini masing-masing atas lapan pertuduhan menyebabkan pencemaran udara dan tujuh pertuduhan pembuangan sisa terjadual ke dalam Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, awal bulan ini.

Tertuduh, Yap Yoke Liang, 42, Wang Jing Choa, 34, dan syarikat P Tech Resources Sdn. Bhd. bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kesemua 45 pertuduhan yang dibacakan secara berasingan dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Jailani Rahman.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga Orang Kena Saman (OKS) itu didakwa lapan pertuduhan kerana gagal membuat menjalankan pemantauan berkala jika dikehendaki dibawah Peraturan 16(1), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di P Tech Resources Sdn. Bhd., PLO 113, Jalan Nibong 2, Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat, Pasir Gudang pada pukul 12.15 tengah hari, 11 Mac lalu.

Bagi kesalahan itu, semua OKS didakwa mengikut Peraturan 16(1), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) dan boleh dihukum di bawah Peraturan 29 akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, OKS boleh dihukum denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Untuk tujuh pertuduhan seterusnya, semua OKS didakwa gagal membuat pemberitahuan tentang buangan terjadual SW 311 sepertimana yang ditetapkan Peraturan 3(1), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.

Mereka didakwa mengikut Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) dan boleh dihukum dibawah Seksyen 41 akta yang sama.

Hukuman ini memperuntukan denda RM10,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali.


Pertuduhan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Asyraf Md. Kamal manakala semua OKS diwakili peguam bela, G. Subramaniam Nair.

Mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM15,000 bagi setiap lapan pertuduhan pertama dan seorang penjamin ke atas setiap OKS.

Manakala untuk tujuh pertuduhan kedua, setiap OKS diberi jaminan sebanyak RM3,000 bagi setiap pertuduhan dan seorang penjamin.

Jailani turut memerintahkan Jing Choa yang juga warga negara Singapura melaporkan diri setiap 1 haribulan sehingga kes saman ini selesai.

Mahkamah turut menetap 30 April ini sebagai sebutan semula kes. – K! ONLINE

Kategori