Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Jangan Perbesar Isu Abu...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri berkata isu abu mayat Chin Peng yang dibawa...

Filem Pendek Yang Membuat...

Sebuah video pendek yang berdurasi seminit ini pasti akan membuatkan anda 'seram sejuk'Dengan...

Perginya… Seorang Ilmuwan, Tokoh...

DATUK Nik Abdul Aziz Nik Mat, anak kedua daripada sembilan adik-beradik dilahirkan pada 10...

Wanita Alergik Kepada Kehidupan...

Seorang wanita yang enggan menggunakan perkakasan elektrik kerana alergik kepada kehidupan moden, nyaris...

Penduduk Orang Asli Diserang Penyakit ‘Misteri’

GUA MUSANG – Kira-kira 120 penduduk membabitkan 30 keluarga Orang Asli suku kaum Batek di Kampung Kuala Koh di sini diserang penyakit misteri kulit bersisik, bernanah dan berkudis sejak tiga bulan lalu.

Penduduk yang berusia antara dua hingga 30 tahun itu hidup dalam kebimbangan apabila penyakit misteri yang dialami mereka semakin serius kerana belum menemukan sebarang penawar.

Penghulu Kampung Kuala Koh, Mamat Pokok berkata, penyakit itu sebelum ini hanya menyerang kira-kira 50 orang kaumnya, terutama remaja lingkungan umur 14 tahun bermula Oktober tahun lalu.

Katanya, kini penyakit itu semakin merebak kepada hampir separuh daripada seramai 350 penduduk kaum berkenaan hingga mereka tidak lena tidur malam kerana gatal.

“Kebanyakan penduduk Orang Asli di kawasan itu tidak mengetahui punca penyakit dan mendakwa masalah tersebut bukanlah disebabkan keturunan mereka.

“Pelbagai usaha sudah dilakukan bagi mengubati penyakit itu termasuklah membuat pemeriksaan di klinik kesihatan namun tidak juga sembuh,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Yati Ripin, 29, pula berkata, anak perempuan dan lelakinya berusia dua dan tiga tahun turut dijangkiti kulit bersisik di seluruh anggota badan termasuklah di bahagian muka, lengan serta punggung.


Katanya, ketika ini penduduk terlibat berpantang makan terutamanya makanan laut seperti ikan yang boleh menyebabkan kulit mereka menjadi gatal.

“Pada mulanya badan anak saya itu bersisik, kemudiannya tumbuh biji kecil di anggota badan dan dalam tempoh seminggu selepas itu bernanah serta berkudis,” katanya.

Maizan Ripin, 22, pula berkata, penduduk yang diserang penyakit itu hanya bergantung kepada ubat sapu yang dibekalkan oleh pihak klinik.

Katanya, kebanyakan penduduk seperti sudah berputus asa kerana kerana menyedari penyakit mereka sukar untuk diubati sama ada secara moden atau tradisional. – K! ONLINE

Kategori