Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Jakim Semak Dakwaan Padam...

SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memaklumkan akan memeriksa dahulu dakwaan...

MH370: Anak Sebut Papa...

PAPA... Itulah perkataan pertama yang disebut anak pramugara Malaysia Airlines (MAS) MH370, Mohd....

Penjawat Awam Jangan Sabotaj...

PUTRAJAYA - Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengingatkan penjawat awam supaya...

“Hanya Allah Tahu Kenapa...

PRESIDEN Rusia, Vladimir Putin hari ini di dalam ucapan tahunannya kepada Parlimen menyelar...

Penjara 10 Tahun Toreh Muka Bekas Kekasih

PETALING JAYA – Perbuatan kejam seorang lelaki Bangladesh yang menoreh muka bekas kekasihnya berbalas selepas Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan satu sebatan.

Hakim Datin Fadzlin Suraya Mohd. Suah menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh Saidol Islam, 22, mengekalkan pengakuan bersalah sebaik pertuduhan ke atasnya dibacakan dalam bahasa Inggeris.

Hukuman penjara dijalankan dari tarikh dia ditangkap.

Dia dihantar ke Penjara Kajang bagi menjalani hukuman itu.

Mengikut pertuduhan, dia dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah pada bahagian muka Nur Zawatie Zainal Abidin, 24, dengan menggunakan pisau di hadapan lif bawah tanah Tropicana City Mall pukul 6.30 petang, 7 Februari lalu.

Pertuduhan ke atasnya dikemukakan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara tidak lebih 20 tahun dan denda atau sebatan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ashyraf Ashy’ari Kamaruzaman manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Suraj Singh.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh pernah menjadi teman lelaki mangsa namun wanita itu terpaksa memutuskan hubungan itu kerana tidak tahan dengan sikapnya yang panas baran malah sering memukulnya.


Ketika kejadian, lelaki itu mengekori mangsa dari belakang dan bertindak mengeluarkan pisau berukuran sembilan inci sebelum mengelar muka wanita itu dari belakang.

Tertuduh kemudian melarikan diri sebelum mangsa yang kesakitan menghubungi rakannya bagi mendapatkan bantuan.

Mangsa dibawa ke KPJ Damansara sebelum dipindahkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat pendarahan teruk di mukanya.

Akibat kejadian itu, mangsa yang masih lagi dirawat sehingga kini menerima 50 jahitan akibat koyakan pada pipi kanan sehingga kiri muka melalui atas bibir. – K! ONLINE

Kategori