Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

5,500 Polis P.Pinang Bertugas...

GEORGE TOWN - Seramai 5,500 pegawai dan anggota polis akan bertugas sepanjang pilihan...

Video: Rakyat Malaysia Yang...

Apabila kita menonton sesebuah filem yang memaparkan aksi khas contohnya yang melibatkan watak...

Gambar Wanita Beri Makan...

GAMBAR seorang wanita yang sedang memberi makan kepada beberapa anjing dan kucing menjadi...

A400M Pertingkat Keupayaan Pertahanan...

PETALING JAYA - Pesawat A400M pertama milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang...

Penjawat Awam Diminta ‘Ikat Perut’ – Mahathir

KUALA LUMPUR – Semua penjawat awam diminta ‘ikat perut’ buat sementara waktu sehingga kerajaan dapat mengatasi masalah kewangan negara yang dicipta oleh kerajaan terdahulu.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pada waktu ini kerajaan perlu memberi tumpuan untuk membayar hutang yang tinggi.

Katanya, jika kerajaan dapat membayar hutang ini, pendapatan juga akan dapat dipertingkatkan.

“Saya merayu rakan-rakan dalam Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) supaya bersabar sementara kita nak pulihkan kewangan negara. Kalau tiada tindakan ganas dan liar, dalam tiga tahun kita akan pulih semula.

“Walaupun kita bermasalah, tak sampai peringkat kebuluran. Kita sebuah negara aman, boleh pulih dengan lebih cepat. Di Asia Barat, negara mereka termusnah dan satu bilion daripada rakyat mereka akan mati kelaparan,” katanya.


Beliau berkata demikian sewaktu berucap pada majlis Perhimpunan Perdana CUEPACS Bersama Perdana Menteri di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia dekat sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ismail Bakar dan Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda. – UTUSAN ONLINE

Kategori