Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

KLIA Perlu Segera Dinaik...

KUALA LUMPUR - Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang kini berusia 20...

Bekalan Air Terjejas Di...

KUALA LUMPUR - Beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur dan Gombak sedang mengalami...

Doktor Sambut Kelahiran Bayi...

TINDAKAN pantas sekumpulan doktor di China berjaya membantu seorang wanita melahirkan bayi di...

Negara Kekurangan 900 Doktor...

ALOR SETAR - Negara masih kekurangan 900 doktor pakar kecemasan bagi tampung jumlah...

Perang: Guan Eng Ubah Tajuk, Rakyat Bersatu Kecam

SELEPAS dikritik hebat penggunaan perkataan ‘perang’ kepada bukan Melayu, kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah diubah malam tadi juga, tidak lama selepas kenyataan asal yang merujuk kerjasama UMNO-PAS.

Jika klik pautan laporan berita asal di sebuah portal yang tular, tajuk beritanya kini diubah setelah Guan Eng membuat pembetulan kepada perkataan ‘perang’. Nota pengarang memaklumkan perkara ini di akhir artikel tersebut. Kali ini, digunanya perkataan ‘sasaran kepada bukan Melayu’.

Bukan sahaja MCA menjauhkan diri daripada kenyataan Guan Eng itu, bahkan ruangan komen dalam artikel berita Guan Eng itu dihujani kritikan daripada warganet pelbagai kaum dan aliran politik yang marah serta kesal dengan pandangan seperti itu.

Malah ada yang tegas menyifatkan Guan Eng telah melakukan kesilapan besar dengan memilih perkataan sedemikian walaupun untuk tujuan mengkritik gabungan UMNO-PAS.

UMNO dan PAS melalui respons beberapa pemimpinnya mahu Guan Eng disiasat di bawah kesalahan hasutan memandangkan dakwa mereka terdapat kesan besar daripada pandangan sedemikian.

Bagi UMNO-PAS, ini hanya satu jalinan kerjasama politik seperti mana yang diteroka parti-parti lain dan tidak seharusnya membawa kepada isu perkauman apatah lagi ke tahap penggunaan istilah yang tidak sepatutnya.


Selepas ini dijangka disusuli laporan polis seperti mana kelazimannya. Bertambah satu lagi kerja polis tetapi yang perlu diberi perhatian ialah kesan daripada kenyataan Guan Eng itu harus ditangani tanpa emosi dengan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengendalikannya.

Warganet tanpa mengira parti jelas menolak. Perlembagaan Persekutuan sendiri tidak menghalang kerjasama UMNO-PAS. Maka pengajaran besar buat Guan Eng dan ahli politik lain. Hati-hati dan hati-hati. – UTUSAN ONLINE

Kategori