Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Hargai Peranan APMM Kawal...

KUANTAN - Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menzahirkan penghargaan terhadap...

Pelakon Wanita Bersama 2...

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang pelakon wanita berusia 20 tahun bersama dua...

Arsenal Siap Sedia Untuk...

DIFAHAMKAN Arsenal sedang membuat persiapan untuk mendapatkan pemain tengah Manchester United, Marouane Fellaini. Pemain...

Bapa ‘Kanak-Kanak Pokok’ Akhiri...

DHAKA - Seorang kanak-kanak perempuan yang menghidap ‘sindrom orang pokok’ dibawa keluar dari...

Persepsi Keluarga Miskin Anak Ramai Tidak Tepat

ANDAIAN mengatakan golongan miskin mempunyai bilangan anak yang ramai adalah tidak benar kerana persepsi itu menunjukkan sikap masyarakat yang gemar memandang rendah kepada golongan tersebut, kata penganalisis dasar ekonomi.

Penuntut bidang ekonomi peringkat doktor falsafah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Zuohair Rosli berkata, persepsi itu salah sama sekali dan tidak adil untuk keluarga miskin di negara ini.

“Hanya kerana ada 1 atau 2 kes orang miskin ramai anak, terus sahaja kita samakan situasi itu dengan keluarga miskin yang lain,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata demikian mengulas cadangan pengguna Twitter yang mahu penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR) hanya memiliki 2 orang anak sahaja.

Pengguna media sosial itu berkata langkah itu boleh membantu penduduk PPR menguruskan perbelanjaan mereka yang kebanyakannya daripada kelompok B40, iaitu isi rumah berpendapatan purata bulanan di bawah RM3,860.

Jelas Zuohair, pada peringkat nasional, purata jumlah anak bagi setiap isi rumah adalah seorang. Manakala, di negeri miskin seperti Kelantan, purata anak bagi setiap isi rumah adalah 2 orang.

Tambahnya, berdasarkan data pendapatan isi rumah 2016, purata saiz isi rumah B40 ternyata lebih tinggi daripada isi rumah golongan berada dan kaya.

Tetapi harus diingatkan, saiz isi rumah yang besar tidak bermaksud isi rumah itu mempunyai ramai anak.

Beliau menjelaskan, secara purata, saiz isi rumah penduduk PPR ialah 5 orang iaitu 2 anak, ibu dan bapa serta seorang nenek atau datuk.


Zuohair berkata persepsi itu wujud akibat pemikiran yang dikenali sebagai feudalistik ataupun “feudalistic mind” yang pernah disebut ahli akademik dari Universiti Malaya, Shaharudin Maaruf.

Katanya, dalam salah satu buku Sahaharudin, beliau menegaskan sikap orang Melayu adalah sukakan orang yang berpangkat dan berada.

“Apa sahaja yang dilakukan oleh mereka yang berpangkat dan berharta tidak akan dipersoalkan dan kita akan selalu mengiyakan sahaja.

“Tetapi sebaliknya berlaku apabila kita melihat kepada orang miskin. Kita akan mencari seribu satu alasan untuk menyalahkan orang miskin,” katanya.

Tambahnya, masyarakat cenderung untuk menafikan bahawa masalah sebenar adalah kemiskinan dan golongan itu wajib dibantu serta dibela. – FMT

Kategori