Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kylian Mbappe Berada Di...

KYLIAN Mbappe terus menimbulkan tanda-tanya berhubung perpindahan bernilai ÂŁ160 juta (RM829 juta) ke...

BN Dilihat Masih Relevan...

KLUANG - Barisan Nasional (BN) dilihat masih relevan di Sarawak berdasarkan sokongan rakyat...

NAM Bantu Bangun Industri...

PUTRAJAYA — Perkongsian antara Naza Corporation Holdings (Naza Group) dan Groupe PSA dari...

Calon Pemuda UMNO Terlibat...

PROGRAM pengenalan calon-calon UMNO bakal diadakan berikutan pemilihan parti di Pejabat UMNO bahagian...

Petronas Tawar Produk Minyak Penapisan Baharu April Ini

HOUSTON – Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) dijangka mula menawarkan produk minyak daripada kompleks penapisan petrokimia baharunya pada April memandangkan projek tersebut akan memulakan pengeluaran komersial penuh pada Oktober.

Menurut laporan The Edge Markets yang memetik Reuters, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif (Hiliran) Petronas, Arif Mahmood berkata, pada peringkat awal, produk berkenaan mungkin tidak memenuhi spesifikasi komersial memandangkan ujian percubaan masih dijalankan.

“Kami melihat projek ini adalah sesuatu yang amat diperlukan bagi memenuhi pertumbuhan di rantau ini,” katanya dalam Persidangan Tenaga CERAWeek di Houston, Texas.

Kompleks Bersepadu Pengerang bernilai AS$27 bilion (RM110.38 bilion) siap dalam tempoh lima tahun. Kerjasama Petronas dan Saudi Aramco bagi kompleks penapisan itu mempunyai kapasiti sehingga 300,000 tong sehari.

Arif berkata, kapasiti penapisan Petronas akan mencapai 700,000 tong sehari selepas memasukkan kepentingan ekuiti dalam kompleks Pengerang manakala pengeluaran petrokimia akan berkembang kepada 14.6 juta tan metrik setahun daripada 12.7 juta tan metrik setahun ketika ini.


“Kompleks petrokimia dijangka mula beroperasi pada akhir Mac,” katanya. – Agensi

Kategori