Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Dewan Baharu PKRC 2.0...

KUALA LUMPUR - Dewan baharu di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah...

Undi Tidak Percaya Terhadap...

KUALA LUMPUR - Gerakan undi tidak percaya terhadap Presiden PKR Anwar Ibrahim sekadar...

Sepanyol Setuju Hantar Senjata...

MADRID – Sumber kerajaan Sepanyol mendedahkan bahawa negara itu bersedia untuk menghantar kumpulan...

Kanak-Kanak Perempuan 11 Tahun...

ALOR SETAR - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun trauma selepas mendakwa nyaris...

PH Ditempelak Samakan Kulim Dengan Sydney

KUALA LUMPUR – Tindakan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohd Radzi Md Jidin yang menyamakan Kulim dengan Sydney menggamit kekecohan ahli parlimen dalam Dewan Rakyat.

Ia berlaku ketika beliau dalam sesi penggulungan Titah Diraja sedang menjelaskan tentang pembinaan lapangan terbang di Kulim yang akan dibiayai syarikat swasta.

Dalam penerangan tersebut, beliau berkata tindakan kerajaan membina lapangan terbang di Kulim adalah sebagai pembangunan di luar bandar untuk menarik minat para pelabur dalam dan luar negara.

Namun begitu ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong dalam satu kenyataan menyatakan jelas ia adalah satu tindakan yang tidak realisitik untuk dilaksanakan.

“Bercita-cita tinggi memang bagus tetapi berangan-angan seperti ini adalah sesuatu yang tidak realistik,” kata Presiden MCA itu.

Sebelum ini Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali berkata projek tersebut adalah inisiatif pihak swasta, namun kerajaan perlu memperuntukkan RM1.6 bilion.


“Kenapa pula perlu diperuntukkan sejumlah RM1.6 bilion? Adakah ini ‘belakang kira’? Tiada sebuah syarikat sudi membelanjakan RM1.6 bilion untuk membina lapangan terbang yang akhirnya tidak mendapat pulangan,” jelasnya.

Timbalan Menteri itu ketika sesi penggulungan juga tergamam apabila ditanya ahli Parlimen pembangkang BN, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Khairy Jamaluddin tentang pelaksanaan projek sama ada melalui kaedah ‘facilitation fund’ kepada syarikat swasta oleh Kerajaan PH.

Mahdzir dalam Dewan Rakyat tadi bertanya dua lapangan terbang sudah ada di Kedah dan Langkawi, jadi apa relevannya untuk dibina di Kulim pula. – Agenda News

Kategori