Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Kotak Perakam Penerbangan Kedua...

MOSCOW - Kementerian Pertahanan Russia memaklumkan pasukan mencari dan menyelamat berjaya menemui kotak...

‘Jangan Serang UMNO, Dia...

TEGUR... Datuk Seri Abdul Hadi Awang membidas sikap sesetengah penceramah PAS yang masih...

Kesemua 861 Warga Malaysia...

PUTRAJAYA – Kedutaan Besar Malaysia di Moscow mengesahkan bahawa kesemua 861 rakyat negara...

Amira Akur Lakonan Dikritik...

KUALA LUMPUR - Penyanyi yang baru saja berjinak-jinak dalam bidang lakonan, Amira Othman...

PH ‘Khianat’ Penurunan Bayaran Sara Hidup Felda

KUALA LUMPUR – Majlis Permuafakatan NGO Felda (MPNF) menggesa pengurusan tertinggi Felda menarik balik pekeliling mengenai penurunan bayaran pinjaman sara hidup yang didakwa bercanggah dengan janji manifesto Pakatan Harapan (PH).

Pengerusinya, Datuk Mazlan Aliman berkata, penurunan kadar bayaran pinjaman sara hidup adalah satu pengkhianatan kerana kadar yang ditetapkan sekarang adalah perjanjian antara peneroka dan pihak Felda sejak sekian lama.

Katanya, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Felda bukan sahaja kecewa malah sudah mula hilang sabar apabila setelah 10 bulan, kerajaan PH masih tidak membawa sebarang pelan rancangan pemulihan Felda sebaliknya bayaran pinjaman sara hidup pula diturunkan.

“Dalam manifesto mereka kata setuju dengan perjanjian sedia ada antara Felda dan peneroka maknanya mereka setuju kadar bayaran pinjaman sekarang malah berjanji akan tambah kadarnya. Tetapi kini lain yang terjadi apabila pengurusan tertinggi ambil keputusan untuk kurangkan.

”Kita tidak mahu dengan pekeliling ini sudahlah pendapatan peneroka semakin berkurang, dengan bantuan sara hidup bulanan bayarannya sering tertunggak, beban peneroka semakin berat,” katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.

Tambah Mazlan, beliau mengingatkan kerajaan PH untuk konsisten menunaikan janji mereka terutamanya kepada warga peneroka yang menjadi salah satu penyumbang besar salam kemenangan parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).


“Dalam PRU lalu buat pertama kali dalam sejarah 19 kawasan Felda memberi kemenangan pada Pakatan Harapan dengan harapan mereka dapat menikmati hidup lebih baik dengan kerajaan baharu, terutamanya anak-anak muda Felda yang inginkan perubahan.

“Sekiranya pembaharuan tidak dibuat dan situasi ini berkekalan sampai Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), saya ingin nyatakan bahawa sokongan ini akan hilang dan lenyap apabila kerajaan gagal beri perubahan dengan apa yang berlaku pada waktu ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Kategori