Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

6 Bulan Diskaun Bil...

KUALA LUMPUR - Diskaun bil elektrik akan diberi kepada semua pengguna elektrik bagi...

Status Quo 2 ADUN...

GEORGETOWN - Status quo dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Pribumi Bersatu...

3 Maut, 2 Cedera...

BACHOK - Dua remaja dan seorang kanak-kanak terbunuh manakala dua lagi parah dalam...

‘Sami LV’ Akhirnya Dapat...

BANGKOK - Seorang bekas sami Buddha Thailand yang cetus kemarahan umum kerana tunjuk...

Polis Dimahkota Ratu Cantik Jerman

SELEPAS Adrienne Koleszar yang dianggap ratu cantik polis Jerman selepas popular di media sosial, seorang anggota pasukan itu benar-benar menjadi ratu apabila memenangi pertandingan Ratu Cantik Jerman.

Anggota polis dari Stuggart, Nadine Berneis, 28, dimahkotakan sebagai ratu cantik negara itu, Ahad lalu, menewaskan 9,500 peserta lain.

Bulan lalu, Adrienne menjadi perhatian umum dan dianggap ratu polis, selepas diberi amaran kerana memuat naik gambar memakai bikini di media sosial.

Media Jerman melaporkan Adrienne menjadi bintang di Instagram dengan 645,000 pengikut media sosial.

Portal berita The Local melaporkan, Nadine yang sudah 10 tahun berkhidmat sebagai anggota polis, mengumumkan hasratnya bercuti selama setahun bagi menikmati gelaran terbarunya sebagai ratu itu.


Menyertai polis pada usia 18 tahun, Nadine pernah bertugas dengan pasukan keselamatan perlawanan bola sepak dan baru-baru ini, dipindahkan ke jabatan jenayah siber. – Agensi

Kategori