Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Penunggang & Pembonceng Maut...

PUTRAJAYA - Dua remaja berusia 14 dan 16 tahun maut selepas motosikal yang...

VIDEO: Remaja OKU Main...

SEORANG remaja lelaki yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU) telah melakukan sesuatu yang tidak...

Stadium Kota Bharu Warna...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Kelantan memberi kebenaran untuk menukar warna Stadium Sultan Muhammad...

Raja Muda Selangor Serah...

SHAH ALAM - Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah...

Populasi Harimau Malaya Pada Tahap Membimbangkan

KUALA LUMPUR – Spesies Harimau Malaya mungkin pupus dalam 5 hingga 10 tahun lagi, sekiranya tiada tindakan drastik diambil untuk melindungi haiwan itu, kata Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar.

Beliau berkata, Survei Harimau Kebangsaan Pertama yang dijalankan pada 2016 hingga 2018 mendapati populasi haiwan itu di tahap membimbangkan kerana jumlahnya kurang daripada 200 ekor.

“Jumlah sebenar populasi Harimau Malaya akan diketahui, setelah survei berkenaan selesai pada 2020,” katanya menjawab soalan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (PH-Lembah Pantai) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Fahmi ingin tahu jumlah populasi Harimau Malaya di seluruh Malaysia dan langkah untuk mengekal serta meningkatkan populasi haiwan berkenaan.

Xavier berkata, pihaknya melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dengan kerjasama agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan sedang mengambil langkah proaktif melindungi populasi Harimau Malaya, antaranya meningkatkan rondaan dan pemantauan di 20 lokasi pemburuan.


Beliau berkata, rondaan dan penguatkuasaan bersepadu bersama Angkatan Tentera Malaysia dan polis sedang dibincangkan.

“Terdapat juga persetujuan pada dasarnya daripada beberapa universiti untuk mendapatkan sukarelawan mahasiswa kursus biodiversiti dan perhutanan untuk mengadakan rondaan.”

Kategori