Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

SST 2.0 Perlu Jadi...

KUALA LUMPUR - Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) 2.0 perlu menjadi satu revolusi...

Mengapa Spray Serangga Jenama...

Ok..sebelum anda membaca lebih lanjut, baca jawapannya terus dahulu.Mudah sahaja mengapa begitu banyak...

Peluang Masih Ada Untuk...

KUALA LUMPUR – Malaysia terlepas slot automatik ke Final Liga Hoki Lelaki Dunia...

Bumbung Hotel Runtuh, Dua...

PORT DICKSON - Sepasang suami isteri cedera ringan manakala anak mereka yang berusia...

Priyanka Chopra ‘Putus Kawan’ Dengan Meghan Markle

KETIKA Meghan Markle melakukan majlis ‘baby shower’ di New York minggu lepas, rakan baiknya, Priyanka Chopra tidak dapat hadir.

Chopra dilaporkan terlalu sibuk dengan urusan kerja di Los Angeles.

Tetapi kini sumber menyatakan bahawa Chopra sebenarnya tidak hadir ke majlis itu kerana dia marahkan Markle yang tidak menghadiri majlis perkahwinannya bersama Nick Jonas di India, Disember lalu.

Sekali pun khabar angin itu benar, Markle mempunyai alasan yang baik kerana dia sedang hamil dan dilaporkan mengalami alahan teruk ketika itu. Dia bagaimanapun terbang ke New York dan Maghribi baru-baru ini.

Chopra dilaporkan berasa sangat terhina selepas dia menghadiri majlis perkahwinan Markle dan Putera Harry pada Mei lalu.

“Persahabatan mereka sudah berakhir kecuali Meghan minta maaf.


“Priyanka adalah bintang antarabangsa yang besar dengan pengikut media sosial yang sangat ramai. Dia mungkin lebih terkenal di seluruh dunia berbanding Meghan. Dia merasakan Meghan tidak menghormati dirinya dan tidak menghormati persahabatan mereka,” menurut satu sumber.

Bagaimanapun, satu lagi sumber memberitahu Page Six: “Tidak ada masalah antara kedua-dua wanita itu. Mereka berkawan dan apa sahaja yang anda diberitahu selain itu adalah tidak tepat dan tidak benar.” – Cosmopolitan

Kategori