Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Mayat Nenek Mangsa Terakhir...

BATU PAHAT - Mayat nenek berusia 55 tahun, Lana Ismail, mangsa terakhir yang...

Peniaga Dituduh Sokong LTTE...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menolak permohonan peniaga B...

Jururawat Bergambar Riang Dengan...

Tak faham mengapalah sesetengah orang terutama kaum hawa tak mahu ambil pengajaran agar...

MH17: Jenazah Anak, Ibu...

PUTRAJAYA - Setelah terpisah hampir dua bulan, jenazah anak kecil berusia setahun, Benjamin...

PRK Rantau: PAS Kerah Jentera Bantu Kempen BN

SEREMBAN – PAS Negeri Sembilan akan membantu memenangkan calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Pemangku Pesuruhjaya PAS negeri, Rafiei Mustapha berkata, pihaknya akan mengerahkan seluruh jentera Badan Perhubungan PAS negeri dan Rembau membantu kempen BN sejurus penamaan calon diadakan pada Sabtu ini.

“Kita malah telah buka bilik gerakan di Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan akan membantu gerak kerja UMNO di kawasan berkenaan bagi menarik pengundi,” katanya ketika dihubungi pemberita, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Rafiei berkata, PRK DUN Rantau akan memantapkan lagi kerjasama yang sedang terbina antara UMNO dan PAS memandangkan Mohamad ialah Timbalan Presiden UMNO.

Kata beliau, kerjasama antara PAS dan UMNO di negeri ini malah terus positif hasil beberapa pertemuan pemimpin kedua-dua parti sebelum ini.


“Selepas kerjasama ini berjaya dalam PRK Cameron Highlands dan Semenyih, Rantau
adalah medan kita yang seterusnya.

“Kita akan turun membantu memenangkan beliau (Mohamad) supaya kerjasama ini terus terjalin,” katanya. – K! ONLINE

Kategori