Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pungutan Hasil Kastam RM48.97...

PELABUHAN KLANG : Pelaksanaan Sistem Dokumen Sokongan Import Eksport (SDSIE) berjaya meningkatkan pungutan...

Tentera Hamas-Israel Kembali Bertempur

BANDARAYA GAZA - Tentera Israel dan pejuang Hamas bertempur buat kali pertama sejak...

Dira Abu Zahar Umum...

PELAKON dan pengarah terkenal, Dira Abu Zahar menerusi laman Twitternya baru-baru ini memberitahu...

Serangan Christchurch: Umum Segera...

KUALA LUMPUR - Semua pihak terutama ahli keluarga berharap agar senarai nama mangsa...

Pulau Pinang Cadang Naikkan Caj Beg Plastik 50 sen

GEORGE TOWN – Pulau Pinang menimbang untuk menaikkan caj beg plastik kepada 50 sen seunit berbanding 20 sen sekarang selepas kadar semasa didapati kurang berkesan dalam usaha kerajaan negeri mengurangkan penggunaan beg plastik.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh berkata, bagaimanapun cadangan itu masih dalam peringkat perbincangan dan memerlukan kelulusan kerajaan negeri sebelum dapat dilaksanakan.

“Mungkin ada pengguna di negeri ini yang merasakan caj 20 sen ini terlalu murah dan tidak menghalang mereka untuk terus menggunakan beg plastik jadi kita kaji untuk menaikkan caj ini,” katanya dalam sesi dialog ‘Ke Arah Pulau Pinang Bebas Plastik Sekali Guna dan Tak Nak Penyedut Minuman’, di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak dapat menyatakan statistik berhubung kadar pengurangan dalam penggunaan beg plastik sejak caj itu diperkenalkan pada 2009 dan sehingga kini sebanyak 419 perniagaan berdaftar dengan Majlis Bandaraya Pulau Pinang untuk mengenakan caj itu.

Boon Poh berkata, bagi tempoh April tahun lepas sehingga kini, perniagaan terbabit mengeluarkan kira-kira enam juta beg plastik kepada pengguna.

Kategori