Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

‘Pocket Rocketman’ Juara Dunia...

JAGUH berbasikal negara, Azizulhasni Awang mempamerkan kayuhan bertenaga untuk menamatkan penantian Malaysia merangkul...

Miley Cyrus Fokus Nyanyian,...

BINTANG sensasi kelahiran Disney, Miley Cyrus memberitahu bahawa dia semakin pulih daripada ketagihan ganja...

Batalkan Pengiktirafan Baitulmaqdis Ibu...

GAZA CITY - Ketua Hamas, Ismail Haniyeh menggesa presiden dipilih Joe Biden yang...

Cohen Rakam Perbincangan Bayar...

WASHINGTON - Bekas peguam peribadi Presiden Donald Trump, Michael Cohen merakam perbualannya dengan...

Rangka Dugong Bertaring Ditemui Di Panama

BANDAR PANAMA – Sepasukan penyelidik telah menemui fosil spesies dugong purba yang bertaring panjang berusia 20 juta tahun di Lembah Culebra, Terusan Panama, lapor Journal of Vertebrate Paleontology baru-baru ini.

Ahli paleontologi Jabatan Kajian Mamalia di Muzium Sejarah Semula Jadi Daerah Los Angeles, Dr. Jorge Velez-Juarbe yang membuat penemuan tersebut menjelaskan bahawa mamalia dinamakan Culebratherium alemani itu hanya memakan rumput laut dan merupakan nenek moyang dugong moden.

“Kami menemui rangka kepala, tulang belakang, tulang rusuk dan lain-lain tulang haiwan purba sepanjang 4.6 meter itu tetapi dugong itu belum dewasa dan masih membesar, taringnya juga baru keluar,” kata Velez-Juarbe.

“Penemuan ini membuktikan terdapat banyak rumput laut di rantau itu sekitar 20 juta tahun lalu. Spesies dugong purba ini memang pakar dalam mengorek rumput dari dasar laut,” tambahnya.


Mamalia berleher tebal dan muncung menghala ke bawah itu adalah satu daripada 30 spesies dugong purba yang hidup berjuta-juta tahun lalu.

Dugong moden atau nama saintifiknya Dugong dugon mempunyai pertalian genetik dengan tiga spesies menati tetapi dipisahkan di bawah pengelasan berbeza.

Dugong dugon juga satu-satunya spesies dugong moden yang masih hidup sementara satu lagi spesies dikenali sebagai lembu laut Steller atau Hydrodamalis gigas telah diburu sehingga pupus dalam tempoh 27 tahun selepas ditemui pelayar Eropah pada tahun 1741. – Agensi

Kategori