Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Lembaga Pengarah Baharu FINAS...

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata anggota Lembaga...

Mitos DAP-Pakatan Harapan Terhadap...

SAYA berasa sedikit terkesima dan terkejut dengan kenyataan balas Kwan Say Hong, Setiausaha...

Wanita Gusar Payudara Mengecil...

LAIN yang diharap, lain pula yang jadi. Itu situasi malang yang dialami seorang...

Pinggan Viral Jadi Buruan...

SEJAK kebelakangan ini media sosial sering kali disajikan dengan foto-foto menarik pinggan dan...

RM1.6 Bilion Bina Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim

PETALING JAYA – Putrajaya meluluskan beberapa projek berimpak tinggi di Kedah, termasuk pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim yang bernilai RM1.6 bilion.

Dalam satu kenyataan, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali berkata kementeriannya meluluskan Peruntukan Pembangunan Negeri Kedah untuk 2019 sebanyak RM1.132 bilion yang merangkumi 201 projek dan RM1.049 bilion bagi 51 projek baru.

Menerusi peruntukan itu, kerajaan turut meluluskan pembinaan Lebuhraya Koridor Utara, Fasa 1A dari Bandar Baharu ke Sungai Petani serta Fasa 1B dari Bandar Baharu ke Jambatan Sultan Abdul Halim yang bernilai RM1.7 bilion.

Antara lain, pembinaan Perpustakaan Digital di Alor Setar (RM15 juta), pembangunan Hab Industri Pembuatan & Logistik di Sidam (RM300 juta) dan pelaksanaan kajian impak untuk pembinaan Taman Industri Petro-Kimia di Gurun (RM2 juta).

Kelulusan projek itu diumumkan Azmin selepas mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir dan pegawai kanan kerajaan negeri mengenai agenda utama dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11, hari ini.


Terdahulu, Mukhriz dilaporkan berkata kerajaan negeri mendapat kelulusan daripada kerajaan pusat bagi membangunkan lapangan terbang antarabangsa bagi wilayah utara.

Lapangan terbang itu akan dibina di Kuala Muda, Kedah. – FMT

Kategori