Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Gambar ‘Makan Ati’.. Zul...

PASANGAN ini tidak pernah menyembunyikan kisah cinta mereka daripada pengetahuan umum.Namun begitu, mereka tidak pula mengembar-gemburkan hubungan...

Kerjasama Dengan UMNO Hari...

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PAS Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim mengakui pendekatan...

Jangan Salahkan Lionel Messi...

MOSCOW - Kegagalan Lionel Messi untuk menyempurnakan sepakan penalti bukanlah alasan Argentina gagal...

DUN Terengganu Ditangguh Tanpa...

KUALA TERENGGANU - Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu berakhir hari ini tanpa...

RM14.22 Juta Kos Penyelenggaraan Kapal Equanimity

KUALA LUMPUR – Kerajaan membelanjakan kira-kira RM14.22 juta kos penyelenggaraan kapal Equanimity sejak Ogos tahun lalu.

Kementerian Kewangan berkata, peruntukan itu meliputi kos pembaikan, bahan api, guaman, insurans dan kos-kos berkaitan proses penjualan kapal tersebut.

Jelas kementerian itu, kerajaan telah melantik sebuah syarikat pengurus kapal iaitu Wilson Yacht Management Ltd. (WYM) bagi menyelenggara kapal Equanimity sejak Ogos lalu.

“Mulai Ogos hingga Disember tahun lalu, jumlah keseluruhan kos yang telah dibelanjakan untuk kapal ini adalah sebanyak kira-kira RM11 juta.

“Kos bagi bulan Januari hingga Mac tahun ini pula dianggarkan kira-kira RM3.22 juta,” katanya dalam jawapan bertulis yang diedarkan di Parlimen, hari ini.

Dalam kenyataan yang sama, Kementerian Kewangan turut memaklumkan kapal Equanimity yang kini berada di Langkawi, Kedah berada di bawah jagaan dan kawalan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.


Jelas kementerian tersebut, proses penjualan kapal layar tersebut kini memasuki fasa kedua kerana harga bidaan yang diterima pada fasa pertama tidak dapat dipersetujui.

“Proses penjualan bagi fasa kedua ini dibuat secara perjanjian sulit atau jualan secara terus dan dijangka berakhir pada 31 Mac ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Kategori