Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kejadian Tanah Runtuh Di...

KUALA LUMPUR - Berikut kejadian tanah runtuh yang dilaporkan berlaku di Lebuhraya Karak...

Rasa Syak Anggota Polis...

ARAU - Perasaan syak dua anggota polis terhadap sebuah pikap yang dipandu dalam...

PM Terima Kunjungan Perpisahan...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima kunjungan...

Napoli Tolak Bidaan 80...

MANCHESTER United mengemukakan bidaan bernilai 80 juta pound sterling untuk mendapatkan khidmat bintang...

RM3.94 Juta Sudah Masuk Poket Boustead, Kata Najib

PIHAK Mat Sabu masih tak puas hati.

Mereka mengeluarkan kenyataan sekali lagi untuk cuba pertahankan diri dan cuba kata saya menyebar berita palsu.

Dia kata saya hanya baca tajuk pengumuman di Bursa Malaysia atau saya tak tahu baca betul-betul.

Tentulah saya ada baca betul-betul.

Jika tidak, bagaimana saya tahu wang deposit RM3.94 juta (2%) dari syarikat Singapura sudah masuk poket Boustead?

Wang deposit ini juga disebut dalam pengumuman di Bursa Malaysia yang dipetik dalam kenyataan Menhan ini tetapi peliknya, geng Mat Sabu tidak beritahu tentang deposit ini pulak.

Tapi bagus juga Mat Sabu kini mengesahkan bahawa Boustead telah menandatangani surat penerimaan kepada tawaran syarikat Singapura untuk menjual hotel ini.

Maksudnya, saya tak bohong atau fitnah mereka.

Bukan berita palsu.

Jika kita membaca kenyataan mereka dengan teliti, point utama mereka nak sampaikan ialah penjualan hotel milik LTAT kepada Singapura belum lagi muktamad.

Saya tak tahu mengapa mereka mahu menekan point ini.

Adakah “sedang dijual kepada syarikat Singapura” lebih baik berbanding “sudah dijual kepada syarikat Singapura”?


OK lah. Kalau penting sangat untuk mereka, saya tulis dengan lebih jelas lagi:

“Hotel dilokasi strategik segitiga emas milik LTAT melalui Boustead SEDANG dijual dengan harga yang rendah kepada syarikat Singapura oleh kerajaan PH.”

Kan, lebih sedap untuk didengar? Dah puas hati, tak?

Terang-terangan saya tidak pernah kata penjualan ini telah muktamad.

Oleh itu, saya kata hanya wang deposit sudah diambil dan surat terimasetuju dari syarikat Singapura telah ditandatangani oleh pihak Boustead.
https://www.facebook.com/…/a.294787430951/10155919931185952/

Kalau baki 98% pembayaran dari syarikat Singapura itu masih belum diterima, tentu tidak boleh kata penjualan aset negara ini sudah muktamad.

Syarat-syarat yang lain untuk muktamadkan penjualan ini adalah syarat-syarat yang biasa seperti untuk mana-mana proses penjualan hartanah.

Satu lagi yang pelik ialah Mat Sabu tidak lagi gunakan nama sendiri dalam kenyataan ini.

Mungkin sudah malu atau tidak begitu faham isu.

Oleh itu, dia arahkan orang lain untuk keluarkan bagi pihak dia. – FB Najib Razak

Kategori