Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Bekas Penuntut Kolej Dihukum...

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai...

Tender Bot FIC: Mat...

PASIR MAS - Kementerian Pertahanan sedia memberikan kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Edinson Cavani Dibuang Padang...

PENYERANG Paris St Germain (PSG), Edinson Cavani dilayangkan kad merah selepas memperagakan aksi...

Jabatan Imigresen Kedah Berkas...

LANGKAWI - Tujuh puluh sembilan warga asing diberkas dalam operasi Jabatan Imigresen Kedah...

RON97 Naik Lagi 3 Sen, RON95 Dan Diesel Kekal

PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-­masing kekal pada paras RM2.08 dan RM2.18 seliter bagi tempoh bermula tengah malam ini sehingga 15 Mac depan.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan ber­kata, harga runcit petrol RON97 pula naik sebanyak 3 sen iaitu daripada RM2.43 kepada RM2.46 seliter untuk tempoh sama.

“Berdasarkan pengiraan di bawah formula Mekanisme Harga Automatik, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh hari ini hingga 15 Mac depan sepatutnya adalah masing-masing sebanyak RM2.16 seliter dan RM2.38 seliter.

“Bagaimanapun, harga runcit kedua-dua produk petroleum berkenaan dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter bagi tempoh tersebut,” kata kenyataan itu di sini, hari ini.

Kenyataan itu memberi­tahu, ia berikutan keputusan jemaah menteri untuk menyekat kenaikan harga runcit produk petroleum demi mengurangkan bebanan kewangan rakyat.


“Kerajaan akan terus komited dalam melaksanakan dasar penstabilan harga runcit produk petroleum yang memberi manfaat kepada rakyat,” katanya. – K! ONLINE

Kategori