Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Megat Panji Alam Bangkit...

ANTARA Bukit Besar dan Ladang di Timur dan Barat serta Gong Kapas dan Pasar...

QZ8501- MAS Beri Kata-Kata...

Syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) di laman Facebooknya turut menyampaikan pesanan dan ucapan...

Hina Agong: 91 Laporan...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 91 laporan polis dibuat terhadap pengendali laman sosial Facebook...

Jumlah Kematian Akibat Taufan...

MANILA - Jumlah kematian akibat taufan Phanfone, disusuli dengan hujan lebat dan angin...

Rundingan ECRL: Mengapa Daim, Bukannya Guan Eng?

KUALA LUMPUR – “Kita pilih berasaskan kepada kebolehan tertentu, kadang-kadang apabila berunding, kita perlu ada orang yang boleh diterima pihak lain.”

Begitu penjelasan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr. Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) yang ingin mengetahui mengapa rundingan projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) diketuai oleh bekas Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin dan bukannya Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Dr. Mahathir berkata, terdapat juga sekatan-sekatan tertentu dalam pemilihan individu yang akan melakukan rundingan tersebut.

“Sebab itu, kita memilih orang lain setelah dinilai sebagai seorang yang berkelayakan dan berkebolehan untuk berunding dengan negara China.

“Itu lah sebabnya kita memilih Tun Daim,” katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Kategori