Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Segera Ekstradisi Alvin Tan...

KUANTAN - Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) memohon kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM)...

Bertuah… 3 Sahabat Satu-Satunya...

TIGA orang wanita bersahabat baik ini menikmati pengalaman penerbangan yang tidak akan dilupakan...

Rungutan Tentang Gua Gomantong...

SANDAKAN - Kerajaan Sabah akan mencari jalan terbaik bagi menangani keadaan di Gua...

Guru Tuisyen Rotan Murid...

GARA-gara lembab dan tidak menyiapkan tugasan yang diberi, seorang guru tuisyen dipercayai bertindak...

“Salam Perpaduan, Vanakkam!” – Abdul Hadi

KUALA LUMPUR – Isyarat pentingnya perpaduan dalam kalangan masyarakat tanpa mengira perbezaan kaum dan agama ditunjukkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengadakan kunjungan hormat ke Ibu pejabat MIC di sini hari ini.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, beliau amat berbesar hati apabila disambut penuh kemesraan oleh Presiden MIC, Tan Sri S. A. Vigneswaran serta kepemimpinan tertinggi parti yang lain.

“Saya menghargai keterbukaan yang ditunjukkan oleh Vigneswaran dan berharap agar hubungan ini dapat dieratkan dengan kerjasama yang berterusan demi kebaikan serta keharmonian semua kaum dalam negara.

“Salam perpaduan. Vanakkam!” kata beliau dalam laman Facebook rasminya di sini hari ini.

Kenyataan yang dimuat naik Abdul Hadi turut mendapat maklum balas daripada Setiausaha Penerangan MIC, C.A. Subash yang meninggalkan komen positif dalam laman Facebook rasmi Presiden PAS itu.


“Kunjungan hormat oleh barisan kepimpinan yang diketuai oleh Abdul Hadi ke Ibu pejabat MIC disambut oleh Vigneswaran dan barisan kepemimpinan beliau.

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada rombongan ini. PAS untuk semua!” katanya. – UTUSAN ONLINE

Kategori