Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

PPSMI: Kerajaan Akan Buat...

PUTRAJAYA - Kerajaan akan membuat keputusan dalam masa terdekat berhubung perlaksanaan dasar Pengajaran dan...

Kalendar Bomba 2015 Jadi...

TERSEMBUL biji mata jadinya melihat aksi-aksi abang Bomba dan Penyelamat Malaysia yang dipaparkan...

Murid Nakal Itu Biasa,...

SEJUK perut ibu mengandung, itulah yang boleh dikatakan apabila melihat gambar ini yang...

Melaka Pertama Di Malaysia...

UNIK... Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah menjadi pusat kesihatan pertama di negara ini...

Saman Najib: Bekas Ketua JSJ Tarik Balik Rayuan

PUTRAJAYA – Bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Mat Zain Ibrahim hari ini menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan permohonan Najib Razak untuk membatalkan saman berhubung angkat sumpah jawatan perdana menteri pada 2009 yang didakwa tidak mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Peguam Adenan Ismail yang mewakili Mat Zain, memaklumkan panel 3 hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Hakim Badariah Sahamid bahawa anak guamnya ingin menarik balik rayuan itu dengan kos RM2,500.

Badariah, yang bersidang bersama Hakim Zabariah Mohd Yusof dan Hanipah Farikullah, kemudian membatalkan rayuan itu dengan kos RM2,500.

Pada 6 Julai 2018, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Najib untuk membatalkan saman itu kerana isu berkenaan menjadi akademik kerana Najib bukan lagi perdana menteri.

Dalam samannya yang difailkan pada 3 Mac 2018, Mat Zain mendakwa sumpah jawatan dan kesetiaan yang dibuat Najib pada 3 April 2009, tidak seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan ia telah diubah.

Beliau memohon pengisytiharan tindakan Najib sebagai perdana menteri dan menteri kewangan sebagai batal dan tidak sah.


Adenan, yang ditanya sebab anak guamnya tidak mahu meneruskan rayuan itu semasa ditemui di luar mahkamah, berkata ia kerana perkara itu sudah tidak relevan kerana Najib bukan lagi perdana menteri.

Peguam Nurshafiqa Balqish Jaffri mewakili Najib.

Kategori