Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Ketulan Besar Disangka Kanser...

SEORANG wanita dalam kebimbangan apabila mendapati terdapat ketulan pada bahagian ketiaknya. Dia bimbang...

Vaksinasi Malaysia Terendah Di...

DARI FB NAJIB RAZAKKERAJAAN kata mereka tak pasti fasa 3 pelan vaksinasi negara...

JPA Diarah Bantu Urusan...

GEORGE TOWN - Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Borhan Dolah menzahirkan ucapan takziah...

Mayat Nazrin Dijumpai Tidak...

SHAH ALAM - Seorang saksi kes pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund,...

‘Sang Saka Biru’ Berkumandang Seluruh Negara

KUALA LUMPUR – Hari Polis ke-212 hari ini disambut penuh bangga oleh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan perbarisan, bacaan ikrar dan nyanyian lagu ‘Sang Saka Biru’ di semua Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri dan daerah di seluruh negara.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang hadir pada sambutan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak di sini memeriksa perbarisan oleh 29 pegawai dan 932 anggota PDRM dengan diiringi Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Mahathir turut menyampaikan amanat yang antara lain memberi komitmen bahawa kerajaan akan tetap menyalurkan segala peruntukan diperlukan PDRM walaupun ia melibatkan kos tambahan.

Turut terlibat dengan perbarisan Hari Polis ke-212 yang mengekalkan tema ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’ itu ialah 98 aset PDRM daripada pelbagai jabatan antaranya Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Unit Tindakan Khas (UTK) dan Pasukan Polis Marin.

Turut hadir Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Peguam Negara, Tommy Thomas.


Sambutan di Pulapol turut dimeriahkan dengan pameran hasil inovasi PDRM, Pelancaran Buku Garis Panduan Autisme PDRM serta sumbangan kebajikan kepada pegawai polis yang cedera dan kepada waris pegawai polis yang meninggal dunia dalam tugas.

Kategori