Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Persediaan Untuk TMJ Jadi...

KUALA LUMPUR - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yakin dengan kemampuan anakandanya,...

Jenazah Penyanyi Legenda SM...

KUALA LUMPUR -Jenazah penyanyi legenda tanah air, Allahyarham Tan Sri SM Salim, 88,...

Chailwala Kacak Selepas ‘Makeover’,...

PAKISTAN - Masih ingat lagi kepada penjual teh (chaiwala) kacak yang bermata biru...

Menteri Pendidikan Akan Jumpa...

SUNGAI BAKAP - Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Timbalannya, Wong Kah Woh akan...

Semua Sekolah Di Pasir Gudang Diarah Tutup

SEMUA 111 sekolah di Pasir Gudang, Johor diarah tutup berkuatkuasa serta-merta hari ini ekoran pencemaran toksik akibat pembuangan bahan kimia di Sungai Kim Kim.

Semua sekolah berkenaan ditutup sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak dan semua kakitangan tidak perlu hadir sehingga situasi kembali pulih.

“Kementerian Pendidikan memohon agar semua pihak mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa peka dengan arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa,” kata Menteri Maszlee Malik dalam kenyataan malam tadi.

Media melaporkan seramai 506 orang sedang dirawat, dengan 9 daripadanya di unit rawatan rapi.

Kementerian Kesihatan menggerakkan 6 pasukan klinik kesihatan; 2 ambulans dan 2 pasukan dari Hospital Sultan Ismail; 2 ambulans dan 2 pasukan dari Hospital Sultanah Aminah; serta bantuan ambulans daripada badan bukan kerajaan untuk menangani pesakit.


Kerajan negeri meluluskan peruntukan kecemasan sebanyak RM6.4 juta sebagai bantuan segera untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan dan kepada mangsa, keluarga dan kakitangan keselamatan yang terdedah kepada bahaya pencemaran.

Kategori