Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

MPM Diminta Sumbang Idea...

KUALA LUMPUR - Majlis Perundingan Melayu (MPM) diminta menyumbang idea bagi membantu kerajaan...

Syarikat Penerbangan Jepun Batal...

TOKYO: Japan Airlines (JAL) dan ANA hari ini memaklumkan akan membatalkan semua penerbangan...

Banjir Di Baling Semakin...

BALING - Keadaan banjir di daerah ini semakin pulih dengan jumlah mangsa yang...

Bukan Nak Runtuh Tapi...

KUALA LUMPUR - Menara kediaman di Jalan Conlay yang kelihatan condong adalah reka...

Serangan Christchurch: Pengebumian Mangsa Disambung

CHRISTCHURCH – Remaja yang mengimpikan untuk menjadi penjaga gol pasukan bola sepak Manchester United merupakan salah satu mangsa terbaharu serangan dua buah masjid New Zealand yang akan dikebumikan hari ini.

Ratusan penduduk, termasuk pelajar sekolah berkumpul untuk mmeberikan penghormatan terakhir kepada Sayyad Milne, 14, yang merupakan seorang peminat bola sepak dan antara 50 mangsa tembakan rambang pengganas kulit putih.

Bapa Sayyad, John Milne berkata, anaknya ditembak pelampau Australia, Brenton Tarrant ketika bersolat di Masjid Al Noor.

Milne yang turut bersama dalam majlis pengebumian tersebut sebelum ini menggambarkan Sayyad seorang anak yang baik dan istimewa, menimpikan bermain untuk kelab bola sepak utara England itu.

Orang ramai tiba di tanah perkuburan dalam barisan panjang dan pelajar wanita berusaha memastikan tudung mereka sempurna di tengah keadaan berangin.

Jenazah seorang jurulatih pasukan bola sepak remaja, Tariq Omar, 24, turut dikebumikan hari ini.


Media tempatan melaporkan, ibu Tariq yang datang ke masjid tersebut pada hari kejadian bersamanya, terselamat kerana sedang mencari tempat untuk meletak kenderaan ketika serangan berlaku.

Pengarah Akademi Christchurch United, Colin Williamson, berkata, Tariq merupakan seorang individu yang baik dan mempunyai hati luar biasa serta sukakan tugasnya sebagai jurulatih. – Agensi

Kategori