Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

NPO Diminta Manfaatkan Pengecualian...

PUTRAJAYA — Yayasan bukan berasaskan keuntungan (NPO) yang menikmati pengecualian cukai wajar memastikan...

Kanak-Kanak Maut Terkena Batu...

RABAT - Tragedi menyayat hati menimpa sebuah keluarga apabila anak perempuan mereka berusia...

Presiden Myanmar Lawat Malaysia...

KUALA LUMPUR - Presiden Myanmar, U Thein Sein akan mengadakan lawatan negara ke...

Isteri Orang Dicekup Bersama...

KUALA TERENGGANU - Seorang wanita yang berstatus isteri nombor dua dicekup dalam keadaan...

SKMM Bakal Berkuasa Padam Status Media Sosial

PUTRAJAYA – Kerajaan bercadang memberikan kuasa kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk memadam paparan atau status di media sosial yang dilihat sengaja mencetuskan isu perkauman dan keagamaan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, beliau sedar akan kepentingan menangani masalah penyalahgunaan media sosial yang semakin meruncing.

“Selain menggubal undang-undang media sosial, kita sedang lihat bagaimana SKMM boleh diberikan kuasa untuk memadamkan paparan di media sosial yang berunsurkan perkauman, menyentuh agama dan institusi Raja-raja.

“Ini adalah bagi menangani ancaman dengan lebih efektif. Kita dalam proses perbincangan dengan beberapa pihak dan berharap perkara ini dapat dibawa ke Parlimen pada persidangan Julai ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penutup Hari Keselamatan Internet 2019 di sini, hari ini.

Gobind juga memperkenalkan konsep kewarganegaraan digital bagi mengetengahkan perilaku baik, penerapan nilai murni dan kebertanggungjawaban dalam penggunaan teknologi digital itu.

“Penggunaan internet mestilah bersandarkan kepada etika yang boleh diterima masyarakat dan sebarang masalah etika inilah yang kita cuba tangani ketika ini,” katanya.

Selain itu, Gobind mengesahkan pembaharuan polisi keselamatan siber negara masih dalam perbincangan dan akan hanya diumumkan kemudian.

Sebelum ini, Gobind mengumumkan bahawa kerajaan kini dalam proses meminda undang-undang agar peruntukan mengenai ancaman terhadap perpaduan dan keselamatan negara menjadi lebih efektif.

Katanya, penggubalan itu turut merangkumi undang-undang menyekat penyebaran maklumat palsu dan berbaur perkauman dengan pantas dan berkesan.

“Perpaduan antara kaum dan ketenteraman awam di negara kita perlu diberi keutamaan. Sebarang tindakan atau kegiatan yang boleh menjejaskan keharmonian antara kaum seperti perbuatan menghina mana-mana agama atau kaum tertentu yang boleh mengancam keselamatan negara perlu dibendung.


“Tindakan yang tegas perlu diambil serta-merta terhadap mereka yang melakukan sebarang kesalahan yang sedemikian,” katanya.

Beliau berkata, ketika proses menyediakan pindaan sedang dilaksanakan, peruntukan sedia ada di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan undang-undang lain masih berkuat kuasa dan terpakai.

“Apabila aduan dibuat, maka tindakan segera perlu diambil oleh SKMM seperti yang termaktub dalam undang-undang sedia ada tanpa sebarang kelewatan.

“Sekiranya siasatan menunjukkan wujudnya kes terhadap mana-mana pihak, maka kertas siasatan perlulah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan susulan segera,” katanya.

Kata Gobind, berdasarkan laporan SKMM, 47 kertas siasatan dibuka mengenai aduan salah guna media sosial dan 5 daripadanya telah dikenakan hukuman.

“Sebanyak 3,047 akaun media sosial palsu yang disalahgunakan untuk menyebar mesej bersifat ekstremis, kebencian dan fitnah serta 1,163 akaun lain telah dipadamkan dengan kerjasama platform media sosial antarabangsa,” katanya.

Kategori