Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

UPSR Dihapus Tidak Lama...

KUALA LUMPUR – Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pasti akan dimansuhkan untuk memberi...

Pemuda UMNO Cadang Pinda...

KUALA LUMPUR - Pemuda UMNO mencadangkan agar perlembagaan berhubung pemilihan parti itu dipinda.Ketuanya,...

Sekelip Mata Je Penyeluk...

SEORANG penyeluk saku atau pencompet berjaya mencuri telefon bimbit seorang wanita di China...

Laksana Butang Panik Selewat-Lewatnya...

KUALA LUMPUR - Grab Malaysia digesa menguatkuasakan butang panik pada aplikasi perkhidmatannya untuk...

Sos Cili ‘Berbisa’ Pedas Umpama Gigitan Labah-Labah

JIKA anda seorang yang boleh menahan kepedasan, satu sos cili baharu memberi cabaran berbeza buat citarasa itu.

Produk tersebut dinamakan Scientific Steve’s Venom Chilli Sauce (Sos Cili Berbisa Saintifik Steve).

Ia merupakan sos pedas yang dibangunkan bagi meniru gigitan labah-labah berbisa.

Ini terutama taring labah-labah tarantula Trinidad Chevron yang akan membuatkan mangsa merasai ‘kekejangan otot dan kesakitan terbakar’.

Pencipta di sebalik sos baharu ini adalah firma penyelidikan, Venomtech yang berpangkalan di Kent, England.

Jangan bimbang, berdasarkan pemeriksaan Agensi Piawaian Makanan, tiada bahan labah-labah tarantula yang sebenar bagi menghasilkan sos tersebut.

Sebaliknya, mereka menggunakan ‘bisa sintetik’.


Pengasas dan pengarah urusannya, Steven Trim, 41, berkata: “Kita dapat melakukannya dengan terbaik, tanpa rasa bisa yang sebenar.

“Rasanya seperti komponen haba yang akibat daripada bisa.

“Saya ketawa ketika itu dan memberitahu ia lucu untuk melakukannya. Tiada siapa yang bodoh mahu mencuba bisa.

“Kita akhirnya menghasilkan idea untuk melakukan sos berinspirasikan sintetik,” tambahnya. – Mirror UK

Kategori