Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pencarian Bangkai Pesawat MH370...

PUTRAJAYA - Syarikat penerokaan dasar laut dari Amerika Syarikat, Ocean Infinity hari ini...

Air Pasang Besar: 3...

IPOH - Tiga kawasan di sekitar Bagan Datoh dinaiki air awal pagi tadi...

Anggota Perhilitan Pantau Pergerakan...

GUA MUSANG - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan menempatkan...

Lumur Darah Haid Satu...

BERTAHUN-TAHUN Demetra Nyx menyembunyikan kisah haidnya daripada teman lelaki dan berasa malu setiap...

“Spageti Bolognese Tak Wujud Pun, Tetapi Ia Terkenal”

DATUK bandar Bologna, Virginio Merola mendakwa hidangan spageti bolognese sebenarnya tidak wujud sama sekali.

Menerusi satu posting di Twitter, dia menyeru semua pelayar internet untuk menghantar hidangan itu yang disifatkannya sebagai palsu.

Menerusi satu temubual dengan media Itali, RAI, dia pelik kenapa hidangan itu cukup terkenal di seluruh dunia.

“Spageti bolognese tak wujud pun tetapi ia terkenal di mana-mana sahaja.

“Kami lebih suka jika dunia tahu yang kota Bologna mencipta tagliatelle, tortellini and lasagne.

“Saya juga pelik kenapa ia terkenal sedangkan ia bukan hidangan yang berasal dari tempat kami,” katanya.

Dalam pada itu, dia tidak menafikan bahawa populariti hidangan itu membawa perhatian dunia kepada bandar itu.


“Walaupun gembira ia membawa populariti untuk tempat kami, biarlah kami popular dengan makanan berkualiti,” tambahnya lagi.

Ujar Merola, dia juga bercadang untuk mengumpul foto-foto spageti bolognese untuk dipamerkan dalam pameran makanan terbesar dunia, FICO Eataly World.

Kota Bologna sememangnya popular dengan pengeluaran produk berasaskan daging seperti mortadella, tortellini dan tagliatelle. – Metro

Kategori