Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Video: Penari Wanita Terbakar...

SEORANG penari menempuh detik paling sakit dan memalukan dalam hidupnya apabila bahagian kemaluannya...

Kanak-Kanak 3 Tahun Yang...

JOHOR BAHRU - Kanak- kanak perempuan berusia tiga tahun, Angie Tiong, yang didakwa...

Permaisuri Johor Kongsi Kisah...

JOHOR BAHRU - Kemangkatan Sultan Pahang kelima, Almarhum Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah...

WHO Syorkan Pengambilan Vaksin...

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam mengesyorkan penggunaan vaksin malaria kedua bagi membendung...

Struktur Rasuk SUKE Jatuh, 2 Pekerja Cedera

DUA pekerja pembinaan Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dekat persimpangan Taman Kosas, Jalan Ampang, Bandar Ampang, cedera selepas struktur rasuk konkrit, terjatuh hari ini.

Kejadian kira-kira 3 pagi itu bagaimanapun terkawal tanpa sebarang kerosakan dan kecederaan kepada orang awam.

Pemaju Lebuhraya SUKE, Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Kelang Sdn. Bhd. dalam satu kenyataan berkata, kerja pembinaan di lokasi dihentikan serta-merta sejurus kejadian.

“Kami mengesahkan kejadian rasuk yang jatuh di persimpangan Taman Kosas, awal pagi hari ini.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Dua pekerja binaan cedera dan dihantar ke hospital,” kata kenyataan itu.


Menurut kenyataan, keadaan di tempat kejadian terkawal dan tiada berlaku kesesakan lalu lintas.

“Kerja pembinaan dihentikan serta merta dan pihak kami sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung kejadian,” katanya. – myMetro Online

Kategori