Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Wanita Dipaksa Bertuala Dan...

SEORANG lelaki Amerika Syarikat didakwa di mahkamah selepas bertindak memaksa teman wanitanya untuk...

Sidang DUN Melaka Gamat...

MELAKA - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kecoh seketika berikutan dakwaan populasi...

Doktor Rakam Pembantu Wanita...

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang doktor lelaki kerana disyaki merakam seorang pembantunya...

Habitat Orang Utan Terancam

JAKARTA – Pembinaan empangan hidroelektrik bernilai AS$1.6 bi­lion (RM6.6 bilion) di Indonesia yang...

Sultan Brunei, Mahathir Adakan Pertemuan Di Putrajaya

PUTRAJAYA – Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah hari ini mengadakan pertemuan sulung dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di bawah rangka kerja Perundingan Tahunan Pemimpin Malaysia-Brunei.

Ketibaan Baginda di Perdana Putra di sini pada kira-kira pukul 11.25 pagi, disambut Mahathir dan Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah.

Selepas pertemuan dengan Mahathir, Baginda dijadual menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Brunei mengenai pergerakan tahanan.

Selain Saifuddin, anggota Kabinet yang turut hadir ialah Menteri Dalam Negeri,Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Baginda seterusnya dijangka berangkat ke majlis santapan tengah hari yang dihoskan Mahathir dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali bagi meraikan Baginda di Seri Perdana.


Sultan Hassanal Bolkiah berangkat tiba di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang semalam bagi lawatan dua hari ke Malaysia.

Kategori