Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pelabur Tak Terima Idea...

KUALA LUMPUR - Prestasi Bursa Saham dan nilai ringgit yang masih meneruskan trend...

Singapura Menang Pembahas Arab...

SINGAPURA - Seorang pelajar Madrasah Aljunied Al-Islamiah di sini, Nazihah Mohamad Pauzi berjaya...

Selepas 2018, Tahun 2019...

TEMPOH pemerintahan Pakatan Harapan menjelang tahun 2019 ini akan memasuki fasa kedua, iaitu...

Mayat Bekas Komando Akhirnya...

Kluang: Bekas komando, Ab Manan Keri, 73, yang hilang sejak Selasa lalu berikutan...

Sultan Johor Terima Sijil Kelayakan Pemandu Kanan Lokomotif KTMB

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima Sijil Kelayakan Pemandu Kanan Lokomotif Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), hari ini.

Sultan Ibrahim berkenan berkongsi gambar majlis penyerahan sijil itu yang berlangsung di Stesen Kereta Api Kuala Lumpur pagi tadi melalui akaun Facebook rasmi baginda.

Sijil berkenaan diserahkan Ketua Pegawai Eksekutif KTMB, Mohd Rani Hisham Shamsudin kepada Sultan Ibrahim.

Pada majlis sama, baginda turut berkenan menerima sijil penghargaan kerana mencemar duli memandu tren terakhir Lokomotif Kelas 26 (26108 TG KUPANG) keluar dari Stesen Tanjong Pagar, Singapura ke Stesen Johor Bahru pada 1 Julai 2011.

Selepas majlis berkenaan, baginda berkenan memandu tren khas bagi perjalanan Kuala Lumpur ke Johor Bahru hari ini, yang berlepas dari Stesen Kereta Api Kuala Lumpur pada jam 9 pagi sebelum berhenti di Stesen Kereta Api Segamat.

Dalam perjalanan itu, baginda diiringi dua pemandu lokomotif KTMB, Kamal Asmawi dan Supawi Ismail.


Baginda turut berkenan meninjau keadaan kebersihan serta kemudahan pengangkutan rel itu untuk memastikan kesejahteraan dan keselamatan rakyat terjamin.

Untuk rekod, Sultan Ibrahim sudah memiliki lesen memandu kereta api sejak 2010. – BH Online

Kategori