Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

SKMM Kaji Kaedah Tangani...

PETALING JAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang mengkaji kaedah untuk...

Berdepan ‘Bujang Senang’, Cabaran...

SRI AMAN - Terserempak dengan kira-kira 30 ekor buaya di Sungai Batang Lupar,...

11 Maut Dalam Pertempuran...

MEXICO CITY - Seramai 11 orang disahkan maut dalam satu pertempuran bersenjata membabitkan...

Pastikan Pendapatan Rakyat Meningkat...

KUALA LUMPUR - Kerajaan sentiasa mencari jalan untuk memastikan pendapatan rakyat meningkat, khususnya...

Sultan Selangor Zahir Takziah Kepada Keluarga Haziq

SHAH ALAM – Sultan Se­langor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa amat dukacita dengan tragedi berdarah di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand Jumaat lalu yang mengorbankan seorang rakyat Malaysia manakala tiga lagi cedera.

Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Mohd. Tarmizi Shuib selepas anak lelakinya, Mohd. Haziq yang hilang sejak Jumaat lalu disahkan antara 50 mangsa yang terbunuh.

Baginda turut mendoakan semoga keluarga Allahyarham sabar dan redha dengan dugaan tersebut.

“Beta mendoakan semua mangsa yang terjejas dengan tragedi ini akan kembali pulih dan sembuh seperti sedia kala.

“Beta juga berharap tragedi seperti ini tidak akan berulang lagi dan semoga umat Islam di seluruh dunia terus tabah dan bersatu hati,” titah Sultan Sharafuddin menerusi laman sosial Facebook Selangor Royal Office di sini pagi ini. – UTUSAN ONLINE

Kategori