Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Semua Kena ‘April Fool’,...

SEJAK semalam, tersebar satu laporan menyatakan tentang kejayaan seorang pelajar dari Sabah yang berjaya 'menjual'...

Penganggur Bunuh Budak Berdepan...

KULAI - Seorang pengganggur berdepan hukuman mati apabila dihadapkan ke Mahkamah Majistret di...

Bajet 2022 Kekal Bercirikan...

KUALA LUMPUR - Bajet 2022 akan kekal bercirikan pengembangan dan berkonsepkan sebagai belanjawan...

‘Isu Sempadan Kedah-Pulau Pinang...

GEORGETOWN: Kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa Pulau...

Sungai Klang Dicemari Bahan Kimia

SHAH ALAM – Sungai Klang hari ini tercemar dengan pembuangan sisa disyaki bahan kimia oleh individu tidak bertanggungjawab.

Pengarah Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Datuk Ir. Hashim Osman berkata, maklumat mengenai pencemaran itu diterima pihaknya kira-kira pukul 6 petang tadi.

Katanya, sepasukan anggota LUAS telah dikejarkan ke lokasi kejadian bagi mengenalpasti sisa bahan kimia itu.

“Setakat ini, maklumat yang kita terima adalah bahan kimia itu dibuang di dalam sebuah longkang sebelum mengalir ke dalam Sungai Klang.

“Kita masih menyiasat termasuk keluasan pencemaran itu dan perkembangan terkini akan dimaklumkan nanti,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.


Beliau menjelaskan, pencemaran itu tidak akan memberikan sebarang kesan terhadap tujuh empangan di sekitar Selangor.

Bagaimanapun, Hashim menegaskan ia berkemungkinan hanya akan memberi kesan terhadap haiwan ternakan sekitar sungai tersebut. – K! ONLINE

Kategori