Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kalimah Allah Hanya Untuk...

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj menegaskan kalimah Allah...

Dr M Pertahan Keputusan...

KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mempertahankan keputusan kerajaan Pakatan...

Atlet Afrika Selatan Diserang,...

ATLET triathlon Afrika Selatan, Mhlengi Gwala bergelut untuk menyelamatkan kakinya yang cedera selepas...

Sokongan Dalam Politik Tak...

SIK - Anggota UMNO perlu menetapkan pendirian setia kepada parti dengan tidak menjadi...

Susah Rupanya Jadi Kerajaan, Kata Mat Sabu

SHAH ALAM – Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu mengakui menjadi kerajaan pemerintah lebih sukar berbanding bergelar pembangkang.

Katanya, lebih-lebih lagi beliau kini memegang jawatan penting sebagai menteri dan perlu menjaga tutur kata.

“Setiap patah kata akan dianalisa oleh kawan dan lawan. Susah rupanya jadi pemerintah.

“Kalau tersalah cakap maka kita kena betulkan semula segera. Kalau pentas ceramah, lagi kita pandai hentam, lagi orang tepuk,” katanya di program Bicara Minda anjuran Sinar Harian hari ini.

Mohamad yang juga Ahli Parlimen Kota Raja berkata, banyak perbezaan dirasai setelah bertukar dari pembangkang kepada pemerintah.

“Jadi pembangkang lebih mudah sebab kerja kita bangkang, kritik dan cari kelemahan lawan. Tapi dah jadi pemerintah nak berceramah pun tak sesedap dulu.

“Semua fakta kena jaga sebab ucapan kita bukan didengari di sekitar kampung itu saja malah seluruh dunia,” katanya.


Dalam pada itu, Mohamad turut berkongsi sikap Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang paling dikaguminya iaitu menepati masa.

“Dulu ketika dalam parti Islam (PAS) kami dilatih baca Surah Al-Asr (Demi Masa) terutama bila nak mula mesyuarat.

“Tun Mahathir tak pernah baca surah itu tapi dia sangat tepati masa. Kalau lewat, beliau akan beritahu alasannya,” katanya. – Sinar Harian

Kategori