Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Pegawai Kanan Bomba Ditahan...

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ditahan...

IJN Berjaya Implan Tanpa...

KUALA LUMPUR - Pasukan perubatan dari Institut Jantung Negara (IJN) telah berjaya melakukan...

UMNO Sabah Kuat Dan...

KOTA KINABALU - Selepas bertapak secara rasmi pada 21 Feb 1991, UMNO Sabah...

68 Peratus Populasi Dewasa...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 68 peratus atau 15,926,601 individu daripada populasi dewasa di...

Suspek Buang Sisa Kimia Disoal Siasat Polis

JOHOR BAHRU – Seorang daripada tiga suspek yang dipercayai membuang sisa kimia di Sungai Kim Kim, Khamis lepas, telah pun disoal siasat pihak polis berhubung kes berkenaan.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. berkata, proses siasatan terhadap tiga suspek itu sedang berjalan.

“Setakat ini, tiada tangkapan tapi kita akan soal siasat (tiga suspek ini). Sekarang ini, terlalu awal untuk saya nyatakan (hasil siasatan),” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan penyerahan tugas Ketua Polis Daerah Seri Alam di Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam di sini, hari ini.

Beliau juga telah mempengerusikan satu mesyuarat dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS) malam tadi untuk menyelaraskan siasatan.

“Kita dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS), kita akan periksa. JAS akan membuat pemeriksaan dan kita akan membantu. Kita berharap siasatan ini akan selesai dengan kadar segera.”

Setakat ini, pihaknya telah menerima 51 laporan polis berhubung pencemaran ekoran pembuangan sisa kimia di sungai berkenaan minggu lepas.


Sementara itu, Mohd. Khalil telah menyelar tindakan sesetengah individu yang menyebar berita palsu berikutan insiden pencemaran ini.

“Setakat ini, tiada laporan berkenaan berita palsu insiden pencemaran ini. Kalau ada mereka yang buat laporan, kita akan siasat,” kata beliau.

Mohd. Khalil berkata, pihaknya beserta agensi keselamatan lain telah pun turun ke lokasi untuk menyelia dan membantu memantau situasi sekitar kawasan terjejas.

Kategori