Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Estranged Dedah Penipuan Supaya...

KUALA LUMPUR - Walaupun mengakui malu dan berasakan reputasi kumpulan mereka sedikit tercalar...

Gimnastik Artistik Wanita Raih...

SINGAPURA - Skuad gimnastik artistik wanita negara mengulangi kejayaan 14 tahun lepas dengan...

Aktivis WGB Harap Malaysia...

IPOH - Aktivis 'Women's Boat to Gaza (WBG)' dari pelbagai negara berharap Malaysia...

18 Pegawai Rendah Polis...

Jumlah yang dibuang ini sebenarnya kecil jika dibandingkan dengan jumlah pegawai atau anggota yang bermasalah.

SUV Terbesar Di Dunia, Gabungan Trak Tentera Dan Jip

SEORANG pengumpul kereta terkenal di Emiriah Arab Bersatu (UAE) menggabungkan sebuah trak tentera dan sebuah jip bagi menghasilkan sebagai sesuatu yang dipercayainya sebagai kenderaan utiliti sukan (SUV) terbesar di dunia.

Digelar Dhabiyan, kenderaan dengan pacuan 10 roda itu adalah berdasarkan trak tentera Oshkosh M1075 dan jip Jeep Wrangler yang dijadikan sebagai sebuah kabin pemandu.

Ia dilengkapi dengan enjin diesel enam silinder Caterpillar C15, 15.2 liter dan 600hp.

Kenderaan ini seberat 24 tan dengan panjang 10.8 meter, 2.5 meter lebar dan tinggi 3.2 meter.

Dhabiyan dilaporkan direka dan dibina oleh Sheikh Hamad bin Hamdan Al Nahyan.

Sheikh Hamad merupakan ahli keluarga pemerintah di Abu Dhabi.


SUV gergasi itu diperkenalkan pada acara pertunjukan automotif di Sharja di UAE, baru-baru ini.

Kos kenderaan itu bagaimanapun tidak didedahkan, tetapi boleh dibayangkan harganya tinggi.

Dhabiyan merupakan salah sebuah kereta mahal dalam koleksi Sheikh Hamad.

Beliau turut dikenali sebagai The Rainbow Sheikh, selepas salah sebuah keretanya, model Mercedes S-class yang direka khas dicat dengan warna pelangi. – odditycentral

Kategori